Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Utara lancar peluru berpandu lagi
  • GLOBAL

Korea Utara lancar peluru berpandu lagi

Utusan Sarawak 3 years ago
KOREA Utara melepaskan peluru berpandu pada Selasa, tidak sampai seminggu selepas mendakwa telah menguji peluru berpandu hipersonik.• Foto AFP

KOREA UTARA: Korea Utara dilaporkan telah berjaya menguji peluru berpandu, pelancaran kedua dalam masa seminggu, kata pengawal pantai Jepun pada Selasa.

Angkatan tentera negara itu turut mengesahkan pelancaran tersebut tanpa memberi maklumat lanjut.

Rabu lepas, Korea Utara berkata ia berjaya menguji peluru berpandu hipersonik yang mengenai sasaran sejauh 700 km dengan tepat.

Ia merupakan ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.

Ujian terbaharu ini dilakukan sehari selepas Amerika Syarikat, Perancis, Ireland, Jepun, United Kingdom dan Albania mengeluarkan kenyataan bersama mengecam pelancaran minggu lalu.

“Ujian peluru berpandu ini meningkatkan risiko serta mengancam kestabilan serantau.

“Perbuatan ini tidak meningkatkan kebolehan Korea Utara sebaliknya memperluaskan pasaran gelap senjata seluruh dunia ,” kata Duta AS kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield dalam satu kenyataan pada Isnin.

Thomas-Greenfield turut mengulangi desakan untuk Korea Utara kembali kepada meja rundingan dan menghentikan program senjata nuklearnya.

Sebelum ini Korea Utara berkata negara itu bersedia kembali ke meja rundingan hanya jika Amerika Syarikat dan negara lain menarik balik sekatan terhadapnya serta menghentikan latihan ketenteraan.-AFP

Continue Reading

Previous: Kumpul DNA dari udara
Next: Fosil ‘naga laut’ terbesar ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.