Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Utara akan terima akibatnya – Korea Selatan
  • GLOBAL

Korea Utara akan terima akibatnya – Korea Selatan

Utusan Sarawak 5 years ago

South Korean soldiers lock a military gate in a sideline of Imjingak peace park in the border city of Paju on June 17, 2020. - North Korea threatened on June 17 to bolster its military presence in and near the Demilitarized Zone, a day after blowing up its liaison office with the South, prompting sharp criticism from Seoul. (Photo by Jung Yeon-je / AFP)

ANGGOTA tentera Korea Selatan mengunci pintu pagar bersebelahan Imjingak Peace Park di bandar sempadan Paju. • Foto AFP

SEOUL: Tentera Korea Selatan memberi amaran akan memastikan Korea Utara menerima balasan setimpal jika musuh tradisi itu melancarkan tindakan ketenteraan ke atas mereka.

Pengarah Operasi Ketua Bersama, Jeon Dong-jin, membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Korea Utara mengugut akan menghantar pasukan ke kawasan perindustrian di barat sempadan pekan Kaesong dan Gunung Kumgang.

Menurut Korea Utara, mereka juga akan mengembalikan khidmat pengawal di Zon Bebas Tentera yang ditamatkan sebelum ini, dan menyambung semula semua latihan ketenteraan berhampiran sempadan.

“Tindakan ini merosakkan usaha dua dekad oleh Korea Utara dan Korea Selatan bagi meningkatkan hubungan dua hala dan menjaga keamanan di Semenanjung Korea.

“Jika Korea Utara benar-benar mengambil tindakan ini, mereka perlu bersedia menanggung akibatnya,” katanya.

Terdahulu, Kim Yo-jong iaitu kakak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mengancam untuk melupuskan terus perjanjian berkenaan, berikutan tindakan aktivis mengedarkan risalah anti Pyongyang yang dihantar melepasi sempadan.

Risalah itu kebiasaannya dilekatkan pada belon udara panas atau dilayang dalam botol, mengkritik pemimpin Korea Utara, Jong Un atas pelanggaran hak asasi manusia dan cita-cita nuklearnya.

Yo-jong berkata, Seoul patut bersedia untuk memansuhkan perjanjian Utara-Selatan dari aspek ketenteraan jika gagal mengambil langkah sewajarnya dalam menangani isu risalah itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Pentadbiran Trump saman Bolton
Next: Sekolah di Beijing ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.