
SEOUL: Korea Selatan pada Selasa mengesahkan akan menaikkan gaji minimum untuk tahun depan sebanyak 2.9 peratus, lapor Xinhua.
Gaji minimum wajib setiap jam untuk 2026 ditetapkan pada 10,320 won (AUS$7.43), naik 2.9 peratus berbanding 10,030 won (AUS$7.22) tahun ini, menurut Kementerian Pekerjaan dan Buruh.
Kadar kenaikan baharu sebanyak 2.9 peratus itu adalah lebih tinggi berbanding kadar kenaikan 1.7 peratus tahun ini.
Negara Asia itu memperkenalkan sistem gaji minimum pada 1988.
Gaji minimum setiap jam itu bersamaan dengan 2,156,880 won (AS$1,552) sebulan berdasarkan minggu bekerja 40 jam.– Bernama-Xinhua