Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Selatan kembali harungi tugas getir
  • GLOBAL

Korea Selatan kembali harungi tugas getir

Utusan Sarawak 5 years ago
KOREA Selatan berdepan semula tugas getir untuk menghentikan rantaian jangkitan Covid-
19 membabitkan kluster kelab dan bar di Seoul. • Foto BERNAMA

SEOUL: Korea Selatan berdepan semula tugas getir untuk menghentikan rantaian jangkitan Covid-19 membabitkan kluster kelab dan bar di Seoul kerana sebilangan besar mereka yang berpotensi dijangkiti masih gagal dikesan.

Kes jangkitan berkaitan kluster berkenaan juga semakin banyak dilaporkan di kebanyakan bandar, lapor agensi berita Yonhap.

Sebanyak 27 lagi kes baharu dilaporkan pada Isnin, 22 daripadanya kes tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 10,936, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Jumlah kes kluster kelab dan bar di Itaewon, Seoul meningkat kepada 94 pada Isnin. 

Lebih 1,500 orang dipercayai telah mengunjungi tempat-tempat berkenaan. 

Menurut pentadbiran bandar raya Seoul, pihaknya telah memperoleh nama 5,517 orang yang mengunjungi pusat hiburan berkenaan, daripada jumlah itu hanya 2,405 berjaya dihubungi.

Selepas tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama beberapa hari, Korea Selatan kembali dikejutkan dengan peningkatan kes di bandar raya Seoul, lebih membimbangkan ia kini menular ke seluruh negara.

Bandar raya paling ramai penduduk itu kemudian mengenakan perintah pentadbiran menyaksikan operasi perniagaan kelab, bar dan pusat hiburan ditutup sementara mulai Sabtu. Langkah pencegahan itu akan dikuat kuasa sehingga diberitahu kelak. 

Korea Selatan menambah dua lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan 256 orang manakala seramai 9,670 pesakit sembuh, kata KCDC.

Seramai 668,890 orang telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 3 Januari lalu. – Bernama

Continue Reading

Previous: 670,000 buruh di Vietnam hilang kerja
Next: 10 juta saringan dilaksana di AS minggu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.