
Funerary employees in protective suits prepare to lower the coffin into the ground during the burial of a COVID-19 victim at the local cemetery in the remote Aymara highland village of Acora, one hour away from the city of Puno, close to the border with Bolivia, on August 9, 2020. - Peru registered a new daily record of deaths from the novel coronavirus on August 9, with 228 deaths, surpassing 21,000, amid a vigorous rebound of infections five weeks after the end of a long national confinement. The country, with 33 million inhabitants, is the third country in Latin America in deaths and infections, behind Brazil and Mexico. (Photo by Carlos MAMANI / AFP)

BOGOTA: Angka korban akibat Covid-19 di Brazil melonjak melebihi 100,000 pada hujung minggu, dengan lebih tiga juta jangkitan, memetik data John Hopkins University, lapor Agensi Anadolu.
Presiden Jair Bolsonaro turut dijangkiti virus itu pada 7 Julai, dan kini pulih selepas beberapa minggu menjalani pengasingan.
Situasi wabak di Brazil setakat ini belum menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan, namun, kedai dan restoran sudah dibuka semula.
Selain itu, Peru juga menyaksikan lonjakan kes dan kematian, dengan jumlah jangkitan mencecah 500,000 manakala seramai 21,000 orang menjadi korban.
Dengan populasi hampir 33 juta, negara ini mempunyai jumlah kes ketiga tertinggi di Amerika Latin di belakang Brazil serta Mexico dan yang ketujuh di dunia.
Lima minggu selepas berakhirnya sekatan pergerakan, gelombang Covid-19 mula melanda negara ini.
Di Colombia pula lebih 387,000 jangkitan dan 12,842 kematian dicatatkan, kes keempat tertinggi di Amerika Latin. – Bernama