Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korban di AS melepasi 170,000
  • GLOBAL

Korban di AS melepasi 170,000

Utusan Sarawak 5 years ago
SEMAKIN MENINGKAT… Kes positif Covid-19 pada Ahad di Amerika Syarikat (AS) melepasi 5.4 juta dengan angka korban melebihi 170,000 orang.

BEIJING: Jumlah kes Covid-19, pada Ahad di Amerika Syarikat (AS) melepasi 5.4 juta dengan angka korban melebihi 170000 orang, menurut Johns Hopkins  University, lapor agensi berita Xinhua.

Di Kenya pula kes positif sudah melebihi 30,000,  kata Mutahi Kagwe, setiausaha kabinet di Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata 271 orang diuji positif virus itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30,120.

Di Maghribi 1,472 kes baharu Covid-19 dilaporkan  menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 42,489.

Jumlah kes sembuh meningkat kepada 29,344 pertambahan sebanyak 778 kes.

Sementara itu, jumlah mereka yang meninggal dunia meningkat 26 kepada 658 orang, kata penyelaras Pusat Operasi Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Mouad Mrabet.

China turut membantu Maghribi dalam memerangi wabak Covid-19.
Di Ecuador sejumlah 101,542 kes dan 6,070 kematian dilaporkan sejak wabak maut itu mula dikesan kira-kira lima bulan lepas.

Dalam tempoh 24 jam lalu, negara Andean mencatat 854 kes baharu dan lima lagi kematian.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan California semakin merebak
Next: Gempa bumi 6.6 magnitud landa Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.