Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
  • GLOBAL

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang

Utusan Sarawak 2 years ago
Orang ramai berjalan di antara bangunan yang rosak di Jeremie, Haiti selepas gempa bumi melanda barat negara itu. Foto AFP
 

BOGOTA: Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam, semalam. 

Agensi Anadolu melaporkan, hujan lebat telah menyebabkan air sungai melimpah dan mencetuskan banjir lumpur serta menjejaskan 39,459 keluarga selain menyebabkan ribuan orang hilang tempat tinggal.

Hujan bermula Jumaat lalu dan semakin lebat pada hujung minggu, memaksa penduduk meninggalkan rumah mereka, terutamanya di kawasan Ouest, Nippes, Sud-Est, Nord-Ouest dan Centre. Kawasan metropolitan Port-au-Prince turut terjejas teruk.

Perdana Menteri Ariel Henry menerusi akaun Twitter memaklumkan bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa untuk memenuhi permintaan harian.

Ini adalah tragedi terbaharu yang melanda Haiti yang telah bergelut dengan kemiskinan, kelaparan, keganasan dan ketidakstabilan politik.

“Kami sangat sedih dengan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan penderitaan rakyat Haiti yang disebabkan oleh gempa bumi,” kata Stephane Dujarric selaku jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Gutteres.

Hujan dijangka berterusan sehingga Khamis ini. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Penyanyi legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto meninggal dunia
Next: Polis Thailand lancar operasi cari wanita Malaysia hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.