Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kopi tanaman utama DUN Mambong
  • BISNES

Kopi tanaman utama DUN Mambong

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN BORANG… Lister Nonem (dua, kanan) menyerahkan borang permohonan projek penanaman kopi kepada Datuk Dr.Jerip Susil.

KUCHING: Kopi merupakan tanaman utama yang telah dikenal pasti untuk diusahakan secara besar-besaran di kawasan Mambong, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil.

Beliau berkata, sebanyak 23 ribu ekar tanah telah dikenal pasti untuk tujuan penanaman tersebut.

“Oleh demikian, penganjuran program seperti Agriculture Community Outreach Program(AgriCOP) amatlah bertepatan untuk merelasasikan hasrat ini.

“Selain itu, kursus ini juga akan memberi ilmu pengetahuan kepada semua peserta sebagai persiapan sebelum mereka memulakan projek,” katanya pada program di St. Paul Parish Hall, Bunuk baru-baru ini.

Dr. Jerip yang juga merangkap Menteri Muda Pengangkutan turut menegaskan bahawa setiap peserta projek perlu mendokumentasikan terlebih dahulu Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) mereka.

“Proses ini boleh dilakukan melalui Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) untuk mendapatkan surat hak milik tanah daripada Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri,” ujarnya.

Persatuan Segu Bunuk yang dipengerusikan oleh Lister Nonem Moteng akan bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan projek penanaman kopi ini.

Projek ini akan dilaksanakan secara berkelompok dan melibatkan tujuh (7) kampung di bawah naugan Persatuan Segu Bunuk.

Ini merupakan hasrat dan matlamat utama persatuan bagi meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.

Dalam sesi perasmian, Lister turut menyerahkan borang permohonan projek bagi 150 pemohon berserta dengan surat permohonan bantuan dana kepada Dr. Jerip sebanyak RM 750,000.00 untuk membiayai projek ini.

Menurut Jerip, projek penanaman kopi ini terbuka kepada semua penduduk yang berminat dan mempunyai tanah untuk diusahakan.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan telah merancang untuk membina sebuah kilang pemprosesan kopi Collection, Processing and Packaging Centre (CPPC) yang juga akan menjadi pusat pengumpulan hasil kopi di Padawan Growth Centre di Bayur.

Seramai 150 peserta telah mendaftar untuk mengikuti program ini.

Pengisian utama program tersebut adalah tertumpu kepada taklimat teknologi penanaman kopi dan tatacara permohonan Projek Penanaman Kopi secara berkelompok daripada Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian Kuching.

Selain itu, peserta juga diberi taklimat berkenaan dengan teknologi penanaman cili secara Fertigasi.

Peserta turut berpeluang mengikuti sesi bual bicara bersama wakil-wakil daripada syarikat pertanian yang telah berjaya di dalam Sistem Fertigasi Cili terbuka dan kaedah pemasaran hasil pertanian secara atas talian.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Saham Top Glove rancak diniagakan
Next: Uggah, Dr Abdul Latiff lawat Ladang Kelapa Sawit Sebako

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.