Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Koperasi Kampung Kuala Sibuti kekal kukuh, agih dividen 17 peratus
  • Utara
  • WILAYAH

Koperasi Kampung Kuala Sibuti kekal kukuh, agih dividen 17 peratus

Utusan Sarawak 3 hours ago
KUKUH… Pengerusi Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad, Munil Yaman (lima dari kiri) dan Datuk Rosey Yunus (tengah) merakam gambar kenangan pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-34 di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sibuti, semalam.

BEKENU: Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad terus mencatat prestasi kewangan yang memberangsangkan apabila berjaya mengekalkan kedudukan kewangan yang stabil dan kukuh.

Kestabilan itu hasil daripada pelaburan saham di Bank Rakyat, sekali gus membolehkan dividen sebanyak 17 peratus diagihkan kepada ahlinya pada Disember 2025.

Perkara itu dimaklumkan ketika Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-34 Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad yang diadakan hari ini dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus.

Pengerusi Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad, Munil Yaman berkata, koperasi ini ditubuhkan pada tahun 1986, jumlah keuntungan daripada pelaburan saham Bank Rakyat mencecah RM209,506.00, manakala jumlah dividen yang telah diagihkan kepada ahli adalah sebanyak RM36,770.13.

“Pencapaian itu membuktikan pengurusan kewangan koperasi yang berkesan serta memberi manfaat langsung kepada 200 ahli.

“Sepanjang tahun lalu, koperasi telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi meningkatkan prestasi organisasi serta kebajikan ahli,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sibuti, semalam.

Tambahnya, segala pencapaian yang diraih disifatkan sebagai hasil usaha bersama semua pihak yang terlibat dalam memajukan koperasi.

“Pada masa sama, pihak koperasi berharap mesyuarat agung tersebut menjadi platform terbaik untuk ahli bertukar pandangan, mengemukakan cadangan serta membuat keputusan yang mampu membawa Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad ke tahap yang lebih cemerlang pada masa hadapan,” jelasnya lagi.

Turut hadir Ketua Cawangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak, Rohaya Wan Idris, ahli-ahli lembaga koperasi dan para anggota koperasi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Koperasi Kampung Kuala Sibuti terus kukuh harungi cabaran
Next: Lebih 2,500 sertai Larian Menyelamatkan Nyawa 6.0, kutip dana RM133,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.