Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • KOPAMA, MZL Development meterai MoU
  • BISNES

KOPAMA, MZL Development meterai MoU

Utusan Sarawak 3 years ago
KONSULTAN Koperasi KOPAMA, Dato Mustafa Kameel A K Peer Mohamed menyaksikan upacara pertukaran dokumen MoU diantara Pengerusi Koperasi KOPAMA, Datuk Abd Rahim Hashim(kiri) dan Pengarah Urusan MZL Development Group Sdn Bhd, Mazelan Derahman (kanan) semasa majlis MoU Usahasama di antara Koeperasi alumni MKM kuala Lumpur Berhad (KOPAMA) dan MZL Development Group Sdn Bhd di Kuching semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Satu Memorandum Persefahaman (MoU) usahasama antara Koperasi Alumni MKM Kuala Lumpur Berhad (KOPAMA) dengan MZL Development Group Sdn Bhd diadakan di hotel terkemuka di Kuching, semalam.

MoU ini adalah kerjasama untuk projek pembangunan 100, 000 unit rumah mampu milik inisiatif swasta kepada anggota koperasi di seluruh Malaysia.

Majlis menandatangani MoU KOPAMA diwakili oleh

Pengerusi Koperasi KOPAMA, Datuk Abd Rahim Hashim manakala MZL Development Group Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusannya, Mazelan Derahman.

Menurut Mazelan, untuk di Sarawak sebanyak dua lokasi telah dikenalpasti untuk pelaksanaan projek ini iaitu di Matang dan Batu 11 Jalan Kuching-Serian.

“Untuk di Matang, kita telah 38 unit rumah manakala di Batu 11, projek ini masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS),” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tambahnya, jenis rumah yang akan dibangunkan bergantung kepada pelan rancangan pihak KOPAMA.

“Kalau di Matang, anggaran harga seunit rumah ialah RM400, 000  manakala di Batu 11 harga dibawah RM200, 000.

“Projek perumahan ini tidak semestinya untuk ahli koperasi, orang luar juga boleh memohon kerana kita tidak menetapkan syarat-syarat tertentu,” ujarnya.

Katanya, projek perumahan baharu ini akan menggunakan konsep Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Sasaran kita ialah lebih 500 unit rumah siap dalam masa setahun,” tambahnya.

Mazelan memberitahu, adalah menjadi fokus utama kepada syarikatnya untuk membangunkan bandar dan perumahan di seluruh Sarawak.

“Kami memberi penekanan kepada rumah mampu milik kerana ia menjadi impian semua ketua keluarga untuk mempunyai rumah sendiri seperti yang disarankan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Continue Reading

Previous: RM156 bilion untuk pakej bantuan, rangsangan ekonomi
Next: Saham PCCEPI dilupuskan kepada Savannah Energy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.