Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Konvokesyen UMS ditunda ke 30 November, beri laluan PRN Sabah
  • SEMASA

Konvokesyen UMS ditunda ke 30 November, beri laluan PRN Sabah

Utusan Sarawak 10 hours ago
UMS… Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pada mulanya dijadualkan pada 29 November ini ditunda sehari ke 30 November bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

KOTA KINABALU: Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pada mulanya dijadualkan pada 29 November ini ditunda sehari ke 30 November bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata tarikh 29 November ditetapkan tanpa mengetahui bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh berkenaan sebagai hari pengundian.

PENGERUSI Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Jadi dari segi undang-undang pun, kita tidak boleh mengadakan program yang menidakkan katalah orang Sandakan datang, orang Tawau datang. Jadi kita berasa bertanggungjawab untuk menunda hari konvokesyen itu kepada 30 hari bulan,” katanya kepada pemberita pada Program Pemerkasaan Wanita MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad dan Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah kompromi bagi memberi pelajar dan keluarga mereka peluang menunaikan tanggungjawab mengundi tanpa menjejaskan perjalanan konvokesyen.

“Kita faham, satunya untuk memberikan peluang untuk mereka mengundi dan baru datang ke UMS dan pada masa yang sama juga kita faham ada ramai keluarga yang datang daripada jauh, yang telah membeli tiket dan sebagainya. Jadi kita tunda satu hari sebagai kompromilah,” katanya.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sabah pada 15 November, manakala undi awal berlangsung 25 November dan tarikh mengundi pada 29 November.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: LPPKN terima RM16.6 juta perkukuh program kesuburan dan keibubapaan – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.