Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konvoi KMJG 2025 semarakkan patriotisme di Dewan Seri Bestari SMK Paku
  • Selatan
  • WILAYAH

Konvoi KMJG 2025 semarakkan patriotisme di Dewan Seri Bestari SMK Paku

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGETUA SMK Paku, Anek Apok (tengah) bersama Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman bergambar kenangan bersama barisan guru selepas mesyuarat persiapan program persinggahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Dewan Seri Bestari.

BAU: Dewan Seri Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku bakal menjadi lokasi persinggahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 bagi Fasa IV perjalanan yang dijadualkan berlangsung pada 9 September ini.

Pengetua SMK Paku, Anek Apok berkata, pihak sekolah telah melakukan persiapan rapi termasuk menubuhkan jawatankuasa kerja, manakala seramai 250 pelajar turut bersedia menyambut konvoi dengan penuh semangat patriotik melalui kibaran Jalur Gemilang.

“Program seperti ini penting kerana mampu meningkatkan semangat patriotisme dan cinta negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum, khususnya generasi muda. Ia juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih menghargai perpaduan dan keamanan yang kita nikmati hari ini,” ujarnya.

Menurut beliau, antara pengisian utama yang bakal diadakan ialah kuiz kenegaraan serta pertandingan menceriakan kelas berkonsepkan semangat Jalur Gemilang.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman berkata, program berkenaan bukan sahaja disemarakkan dengan penglibatan pelajar, malah turut diperkukuhkan melalui sokongan Komuniti MADANI Daerah Bau.

“Program ini penuh keceriaan dengan mesej kenegaraan yang berperanan memantapkan jati diri anak-anak muda melalui penghayatan Rukun Negara,” jelasnya.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: MBM turunkan 7,902 iklan haram sejak awal tahun ini
Next: Rumah Panjang Enterie Kunchet terima manfaat projek tebatan hakisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.