Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konvoi Kembara 169 galakkan keselamatan dan perpaduan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Konvoi Kembara 169 galakkan keselamatan dan perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 4 days ago
UNTUK ALBUM…Menteri Pengangkutan,  Dato Sri Lee Kim Shin  bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan bersama para peserta  Konvoi  ‘Kembara 169’ di Miri hari ini.

MIRI: Program Konvoi ‘Kembara 169’ disifatkan sebagai manifestasi kekuatan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, konvoi berkenaan membawa mesej yang cukup bermakna walaupun hanya berlangsung sekitar satu jam.

“Program ini mencerminkan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum dan agama yang wajar terus kita pelihara dan suburkan di Sarawak.

“Ia melambangkan kesatuan yang menjadi teras kekuatan negeri ini,” katanya semasa berucappada majlis penutupan program tersebut yang diadakan di pusat beli-belah Permy Mall di sini hari ini.

Konvoi anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) itu melibatkan 169 motosikal termasuk 10 marshal, ambulans Bulan Sabit Merah Malaysia, kenderaan pengiring UKAS dan kereta tetamu kehormat (VIP).

Kim Shin berkata, penganjuran program seumpama itu turut menyediakan ruang jaringan dan kerjasama antara komuniti serta institusi pendidikan, sekali gus memperkukuh ikatan sosial dan rasa kebersamaan.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan para peserta khususnya golongan muda agar sentiasa mengutamakan keselamatan jalan raya serta menjauhi perlakuan berbahaya seperti lumba haram dan penggunaan telefon bimbit ketika menunggang.

“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Hargailah nyawa sendiri dan orang lain,” tegasnya.

Terdahulu, konvoi dilepaskan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus di Tebingan Bekenu sebelum berakhir di pusat beli-belah Permy Mall.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Operasi SAR hari ketujuh, mangsa dibaham buaya di Lubok Punggor belum ditemui
Next: Shanelle Ellyssa Justine dinobatkan Miss Tourism Benak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.