Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konvensyen Zon Tengah PBB dijangka himpun lebih 3,000 perwakilan di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Konvensyen Zon Tengah PBB dijangka himpun lebih 3,000 perwakilan di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Alexander Nanta Linggi ketika meninjau tapak penganjuran Konvensyen Zon Tengah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2026 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Sibu pada 26 Julai ini.

SIBU: Lebih 3,000 perwakilan daripada 24 cawangan dijangka menghadiri Konvensyen Zon Tengah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2026 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Sibu pada 26 Julai ini.

Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, Zon Tengah merupakan zon pertama daripada empat zon PBB yang mengadakan konvensyen tahun ini, diikuti Zon Selatan, Zon Betong dan Zon Utara.

“Persiapan bagi penganjuran konvensyen ini berjalan lancar dengan pelbagai jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi menyelaras pelaksanaan program,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan konvensyen di sini hari ini.

Menurutnya, konvensyen ini akan menampilkan pembentangan mengenai Malaysia Agreement 1963 (MA63) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS).

“Pembentangan mengenai MA63 akan disampaikan oleh Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, manakala pembentang bagi PCDS dan sesi isu politik semasa akan diumumkan kemudian,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa konvensyen sehari bertemakan ‘Jaga Sarawak, Intu Sarawak’ itu akan dirasmikan oleh Presiden PBB merangkap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama ialah Naib Yang Dipertua PBB Datuk Dr Annuar Rapaee, Datuk Len Talif Salleh Dato Sri Fatimah Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Jefferson Jamit Unyat, Ir. Yusuf Abdul Wahab, Lidam Assan, Datuk Abdullah Saidol dan yang lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jualan Rahmah MADANI Bergerak dekati penduduk Kampung Jabai
Next: Kerajaan Sarawak lulus RM1 juta melalui UNIFOR untuk pembangunan Gereja Saint Basil Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.