Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Ruang teroka titik persamaan 19 parti – Snowdan
  • TEMPATAN

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Ruang teroka titik persamaan 19 parti – Snowdan

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Snowdan Lawan ketika ditemui pemberita selepas Persidangan hari pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini. Foto HERRIEY NAHA 

KUCHING: Konvensyen Kerajaan Perpaduan merupakan ruang untuk mencari titik persamaan antara 19 parti yang menghadiri konvensyen tersebut. 

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan berkata, titik persamaan itu adalah bagi membantu rakyat di negara ini. 

Katanya, konvensyen ini juga merapatkan silaturrahim diantara parti-parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan. 

“Dulu lawan sekarang lawan, saya kawan selamanya lah,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Persidangan hari pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini. 

Snowdan juga menasihati kerajaan yang memimpin sekarang agar mengetepikan agenda politik kerana kini merupakan masa untuk Malaysia membangun. 

“Beberapa tahun dahulu, Malaysia menghadapi masalah dari segi ekonomi, ketirisan dan banyak lagi yang berlaku. Oleh itu, apa yang kami mahu adalah untuk semua parti menggembleng tenaga untuk membina Malaysia yang lebih teguh. 

“Malah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) meminta Perdana Menteri mengembalikan kegemilangan Malaysia dahulu dan kami menyokong itu. 

” Saya berharap Kerajaan Perpaduan ketika ini akan kekal lebih lama,” katanya. 

Sementara itu, satu jentera baharu iaitu ‘Geng Perpaduan’ yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan kerajaan ini akan dilancarkan sempena konvensyen itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Jentera itu merupakan platform baharu buat pemuda dalam parti gabungan kerajaan yang dianggotai Sayap Pemuda Barisan Nasional (BN) , Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

Konvensyen berkenaan dihadiri lebih 3,500 undangan daripada 19 parti yang membentuk kerajaan. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT & NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: TYT alukan usaha kerajaan Sarawak terus pacu ekonomi
Next: Seminar Antarabangsa Imam As-Syaffi bakal dihadiri ribuan peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.