Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kontroversi konsert separuh jalan, Wali Band bakal adakan konsert khas untuk peminat 1 Mei
  • HIBURAN

Kontroversi konsert separuh jalan, Wali Band bakal adakan konsert khas untuk peminat 1 Mei

Utusan Sarawak 14 hours ago
WAKIL Penganjur Impian Al Fateh Sdn Bhd, Mubarak Akhtar bercakap pada Sidang Media Penjelasan Konsert Pentas Radjawali dan Pengumuman Khas di Saloma, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kekecewaan peminat susulan persembahan kumpulan Wali yang dihentikan secara tiba-tiba pada segmen kedua dalam konsert RadjaWali baru-baru ini, bakal terubat menerusi penganjuran sebuah konsert khas pada 1 Mei depan.

Sebagai usaha menghargai penonton terkesan, pihak penganjur turut menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada penonton yang membuat pembelian tiket konsert RadjaWali pada 10 Januari lepas dengan lokasi persembahan kali ini lebih besar berbanding venue konsert sebelum ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Menjelaskan lebih lanjut, wakil penganjur Impian Al Fateh Sdn Bhd Mubarak Akhtar berkata selain itu, pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan lokasi atas kecuaian dan pelanggaran persetujuan.

“Sekali lagi kami memohon maaf kepada penonton atas segala kesulitan yang berlaku dan berjanji akan menuntut keadilan demi memulihkan maruah serta hak para peminat,” katanya pada sidang media penjelasan konsert itu.

Beliau berkata tindakan menghentikan konsert secara tiba-tiba itu diambil tanpa persetujuan pihaknya selain tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan pemilik venue untuk mematikan sistem bunyi secara mengejut ketika persembahan sedang berlangsung.

“Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Negeri Selangor) menetapkan acara hiburan yang dijalankan di dalam dewan dibenarkan beroperasi hingga 1.00 pagi.

“Tindakan mematikan sistem bunyi pada 12.00 tengah malam adalah tidak berasas dan bertentangan dengan kebenaran operasi,” katanya yang menjelaskan kesilapan itu juga bukan berpunca oleh isu artis tidak menepati waktu.

Sebelum ini media melaporkan konsert RadjaWali terpaksa dihentikan tepat 12.00 tengah malam selepas sistem bunyi dipadamkan secara tiba-tiba, yang seterusnya membawa kecaman teruk di media sosial oleh peminat yang tidak berpuas hati memandangkan lebih empat lagu hit belum sempat didendangkan oleh Wali.- Bernama

Continue Reading

Previous: Juara GV12: Iskandar Ismail sedia lebar sayap ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.