Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kontroversi Balogun bakar semangat Belgium — Tielemans
  • SUKAN

Kontroversi Balogun bakar semangat Belgium — Tielemans

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAPTEN Belgium, Youri Tielemans, memberikan tepukan penghargaan kepada penyokong selepas kemenangan 4-1 ke atas Amerika Syarikat dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 di Stadium Seattle, Seattle, Washington, pada 6 Julai 2026. Foto AFP

SEATTLE, Amerika Syarikat: Kapten Belgium, Youri Tielemans, mendedahkan bahawa pasukannya memperoleh suntikan semangat susulan kontroversi membabitkan Folarin Balogun sebelum menewaskan Amerika Syarikat (AS) 4-1 pada saingan Piala Dunia, pada perlawanan 8.00 pagi tadi (waktu Malaysia).

Tielemans berkata, para pemain Belgium mengadakan mesyuarat pasukan sejurus selepas FIFA membuat keputusan mengejut menggantung pelaksanaan hukuman penggantungan Balogun, dan mereka bertekad untuk membuktikan keupayaan di atas padang ketika menentang salah sebuah negara tuan rumah Piala Dunia itu.

“Terus terang, kami mengadakan mesyuarat sebaik sahaja mendengar berita itu,” kata Tielemans ketika mengulas kontroversi membabitkan Balogun.

“Kami berjanji bahawa jawapan terbaik ialah menerusi aksi di atas padang. Itulah yang kami lakukan hari ini. Saya amat bangga dengan pasukan ini,” kata pemain tengah Aston Villa itu kepada penyiar Belgium, RTBF.

Balogun disenaraikan dalam kesebelasan utama AS selepas FIFA menggantung pelaksanaan hukuman penggantungan satu perlawanan yang dikenakan terhadapnya susulan kad merah yang diterimanya pada pusingan 32 terbaik.

Bagaimanapun, penyerang itu gagal memberikan impak yang besar sepanjang perlawanan.

Keputusan mengejut FIFA itu dibuat selepas campur tangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali gus mencetuskan kecaman meluas daripada penyokong, pemain dan pemerhati bola sepak di seluruh dunia.

“Kami bermain dengan penuh semangat juang.

“Kami mahu memulakan perlawanan dengan baik, sesuatu yang gagal kami lakukan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Kami tahu bahawa jika kami memberikan tekanan kepada mereka sejak awal, mereka pasti akan melakukan kesilapan,” katanya. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Belgium singkir AS daripada Piala Dunia selepas kontroversi Balogun
Next: Pochettino kecewa, isu Balogun bukan alasan AS tersingkir daripada Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.