Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kontraktor perlu pastikan projek lebuh raya Pan Borneo berjalan lancar
  • NASIONAL

Kontraktor perlu pastikan projek lebuh raya Pan Borneo berjalan lancar

Utusan Sarawak 18 hours ago
TIMBALAN Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan bercakap ketika sidang media semasa lawatan ke Tapak Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B: WP26 – Menaik Taraf Jalan Dari Sukau ke Kampung Lot M hari ini. Turut bersama Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembinaan dan Pemantauan Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Br. PMr Vitus Dee Aegidius dan Wakil Pegawai Penguasa WP25 dan WP26 JKR Sabah Ts Alycia Joanna. Foto BERNAMA

KINABATANGAN: Kontraktor Fasa 1B projek Lebuhraya Pan Borneo perlu memastikan pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan dilaksanakan mengikut spesifikasi kualiti, masa dan kos.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata masalah seperti isu pengambilan tanah dan pemindahan utiliti yang dihadapi semasa pelaksanaan Fasa 1A perlu dielakkan dalam Fasa 1B.

Beliau menjelaskan Jabatan Kerja Raya (JKR) kini berusaha memendekkan tempoh pengambilan tanah dan pemindahan utiliti daripada dua tahun kepada hanya setahun melalui pelantikan jurunilai swasta.

TIMBALAN Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan melihat pelan pembinaan ketika hadir lawatan ke Tapak Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B: WP26 – Menaik Taraf Jalan Dari Sukau ke Kampung Lot M hari ini. Turut sama Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembinaan dan Pemantauan Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Br. PMr Vitus Dee Aegidius dan Wakil Pegawai Penguasa WP25 dan WP26 JKR Sabah Ts Alycia Joanna. Foto BERNAMA

“Sebelum ini, bilangan jurunilai kita tidak mencukupi, hanya enam orang di seluruh Sabah. Justeru, Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah memutuskan pelantikan jurunilai swasta bagi mempercepatkan proses pengambilan tanah.

“Langkah ini selari dengan pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar kementerian menerapkan kepantasan bertindak dalam semua projek yang berdepan pelbagai masalah dan memerlukan tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Pakej Kerja 25 Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B di sini, hari ini.

Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B menelan kos keseluruhan RM14 bilion, meliputi RM5 bilion peruntukan pembangunan dan RM9 bilion melalui pinjaman.

Mengenai Fasa 1A melibatkan jajaran sepanjang 318 kilometer (km), Ahmad berkata kemajuan kerja fizikal berada pada tahap 86.53 peratus manakala bagi Fasa 1B  yang melibatkan jajaran sepanjang 388 km, mencatat kemajuan fizikal pada tahap 12.27 peratus.- Bernama

Continue Reading

Previous: Musim persekolahan utamakan keperluan, bukan jenama
Next: Penerima SARA bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.