Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kontraktor diingatkan patuhi spesifikasi, utamakan kualiti kerja
  • Tengah
  • WILAYAH

Kontraktor diingatkan patuhi spesifikasi, utamakan kualiti kerja

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Francis Harden Hollis pada Majlis Ringkas Penyerahan Tapak projek RTP iaitu membina baharu Funeral Parlour Gereja Anglikan St Luke Sri Aman, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan diingatkan agar mematuhi skop serta spesifikasi kerja yang telah ditetapkan oleh agensi pelaksana dan memastikan hasil kerja berkualiti tinggi.

Timbalan Menteri Pembangunan Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata setiap projek yang dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan perlu menitikberatkan aspek mutu dan ketepatan pelaksanaan agar manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat.

“Kontraktor perlu melaksanakan kerja pembinaan mengikut skop dan spesifikasi yang telah ditetapkan serta mengutamakan hasil kerja yang baik.

“Agensi pelaksana juga perlu memantau kerja kontraktor terutama pada fasa penting pembinaan seperti pemasangan cerucuk dan pendirian tiang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Ringkas Penyerahan Tapak Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) iaitu membina baharu Funeral Parlour Gereja Anglikan St Luke Sri Aman, dekat sini hari ini.

Projek bernilai RM300,000 itu diserahkan kepada Rhauda Enterprise selepas melalui proses cabutan undi dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Projek, dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman bertindak sebagai agensi pelaksana.

Tempoh pembinaan ditetapkan selama enam bulan, bermula 3 Oktober 2025 hingga 2 April 2026, dan apabila siap nanti, kemudahan tersebut akan memberi pilihan kepada masyarakat Kristian di Sri Aman sebagai tempat menguruskan urusan pengebumian.

Turut hadir menyaksikan penyerahan projek ialah Johari Saldrick mewakili JKR Bahagian Sri Aman, Revd Archdeacon Fr Tony Jilat George, Kapitan Ling Siew Hung, serta ahli Parochial Church Committee (PCC) Gereja St Luke, Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Padawan Municipal Council lends a helping hand
Next: Orang ramai, waris diharap tampil sahkan kubur lama sebelum pemindahan dilaksana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.