Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kontraktor digesa utamakan kualiti pembinaan projek kerajaan
  • WILAYAH

Kontraktor digesa utamakan kualiti pembinaan projek kerajaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis semasa mengadakan lawatan pemantauan projek RTP di beberapa lokasi sekitar kawasan DUN Simanggang, semalam. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Para kontraktor yang diamanahkan melaksanakan projek kerajaan digesa supaya sentiasa menekankan aspek kualiti pembinaan yang tinggi bagi memastikan setiap kemudahan yang dibangunkan mampu memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, mutu kerja yang sempurna bukan sahaja memperlihatkan tahap profesionalisme kontraktor, malah amat penting bagi memastikan matlamat pembangunan luar bandar dapat dicapai sepenuhnya tanpa menimbulkan masalah teknikal pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan pemantauan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di beberapa lokasi sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, semalam.

Dalam lawatan tersebut, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang bersama pegawai daripada agensi pelaksana Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) telah meninjau kemajuan beberapa projek naik taraf infrastruktur yang menggunakan dana RTP.

Antaranya projek naik taraf rumah panjang di Rumah Chau Sambau, Kampung San Ugol Atas; Rumah Reggie Beria, Kampung San Kemantan; serta Rumah Simon Chelaring, Kampung Radau yang telah siap sepenuhnya.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis semasa mengadakan lawatan pemantauan projek RTP di beberapa lokasi sekitar kawasan DUN Simanggang, semalam. Foto ADUN Simanggang

Turut ditinjau ialah projek naik taraf rumah di Rumah Siti Joni, Kampung Paku Ulu yang masih dalam pembinaan, serta projek naik taraf gelanggang futsal di Rumah Rose Emma, Kampung Temudok Atas.

Mengulas perkembangan tersebut, Harden menyatakan rasa puas hati terhadap kualiti kerja bagi projek-projek yang telah disiapkan mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasil projek yang telah disiapkan. Namun, para kontraktor diingatkan agar terus mengekalkan standard pembinaan yang bermutu tinggi bagi setiap projek yang ditawarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan komunikasi berkesan antara kontraktor dan komuniti setempat. 

Menurutnya, kontraktor perlu bertemu Tuai Rumah atau penerima manfaat projek sebelum memulakan kerja bagi memastikan lokasi tapak projek dikenal pasti dengan tepat.

Langkah tersebut, jelas beliau, penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau masalah berbangkit yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek.

“Kerjasama erat antara kontraktor dan penduduk setempat merupakan kunci utama bagi memastikan setiap projek benar-benar mencapai matlamatnya dalam menyelesaikan masalah rakyat,” katanya lagi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DBKU sedia 108 tapak penjaja di tiga lokasi Bazar Ramadan
Next: 75 pelajar di DUN Krian terima insentif pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.