Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kontraktor digesa proaktif siapkan projek
  • TEMPATAN

Kontraktor digesa proaktif siapkan projek

Utusan Sarawak 5 years ago
HARAP DIPERCEPATKAN… Dato’ Sri Fatimah Abdullah merakamkan gambar dengan yang hadir pada lawatan kerja ke projek Galeri Warisan di Oya.

OYA: Hampir kesemua projek yang sedang dilaksanakan di daerah Dalat gagal untuk disiapkan mengikut jadual atas sebab-sebab tertentu.

Justeru, kontraktor dan agensi pelaksana yang terlibat digesa supaya bersikap proaktif untuk mempercepatkan pembangunannya.

Dalam membuat seruan itu Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata usaha menyiapkan projek terbabit harus dilakukan serta-merta.

“Jadi satu usaha ‘Catch-Up’ harus dilakukan dengan secepat mungkin oleh kontraktor yang terlibat dan semestinya juga agensi pelaksana. Kita tidak mahu projek ini menjadi projek sakit kelak,” ujarnya kepada pemberita pada lawatan kerja ke Projek Galeri Warisan Melanau (GWMO) di sini, semalam.

Tambahnya, Projek GWM itu seharusnya sudah 100 peratus siap, namun setakat ini statusnya hanya 80.54 peratus siap.

“Saya difahamkan, salah satu faktor adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan satu lagi kekurangan tenaga kerja. Sebelum ini mereka bergantung kepada pekerja asing terutama Indonesia. Jadi saya sarankan mereka harus mencari pekerja tempatan sesuai dengan kemahiran masing-masing dengan secepat mungkin sekurang-kurangnya menyelamatkan projek itu daripada menjadi ‘Projek Sakit’,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat, mendedahkan beberapa projek lain di kawasan N.56 Dalat yang turut gagal disiapkan mengikut jadual.

Antaranya Projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai Batang Oya di Pekan Sabtu yang kini hanya 40.10 % siap padahal ia dijadualkan 49.90% siap ketika ini dan Projek PengindahanTebingan Dalat-Dalat Waterfront Phase 2 (sekarang dijadualkan 98.20% namun status terkini hanya 91.30%).

Yang lain ialah projek benteng hakisan sungai Kampung Sungai Kut Muara Dalat(dijadual  100% sekarang namun terkini hanya 80%), projek bina baru Dewan Makan terbuka (Gazebo) di kawasan Dewan Masyarakat Dalat kini hanya 78.66% siap yang seharusnya sudah siap 100% dan Projek Kompleks Kebajikan Daerah Dalat yang juga seharusnya siap 100%, namun status terkini hanya 77.23%.

“Projek yang sudah siap adalah projek benteng hakisan sungai Kampung Kekan Seberang serta kerja-kerja tambahan. Sementara projek pembinaan CENTEXS Kampus Dalat, kerja-kerja tanah telah siap pada Ogos tahun lepas dan tender kerja-kerja bangunan dijangka dipanggil pada penghujung Jun atau Julai ini dengan anugerah `award’ kontraktor dijangka pada suku keempat tahun 2020,” tambahnya lagi.

Pada hari tersebut beliau juga melawat tiga lagi projek selain GWMO,  iaitu projek hakisan di Sungai Kut Muara, Kompleks Kebajikan dan Dewan makan terbuka di Dalat.

Dalam lawatan kerja itu, Fatimah ditemani Timbalan Residen Bahagian Mukah, Abdul Halim, Pegawai Daerah Dalat, Kueh Leh Poh, dan Jututera Bahagian Jabatan Kerja Raya Mukah, Abdul Talib Jarni.

Continue Reading

Previous: Masyarakat di Mukah ratapi pemergian Latip
Next: Sembilan keluarga diancam tanah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.