Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kontrak penggajian wajib disetem tahun depan – LHDN
  • SEMASA

Kontrak penggajian wajib disetem tahun depan – LHDN

Utusan Sarawak 19 hours ago
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN).

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan semua kontrak penggajian antara majikan dan pekerja wajib disetemkan mulai 1 Januari 2026.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) yang akan dilaksanakan secara berfasa seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

“Selaras dengan keputusan itu, LHDN telah memulakan aktiviti audit duti setem secara menyeluruh di seluruh negara bermula Januari lepas selepas mengeluarkan Rangka Kerja Audit Duti Setem (RKADS).

“Melalui aktiviti audit duti setem serta operasi pematuhan yang dilaksanakan, antara penemuan utama oleh pihak LHDN adalah dokumen kontrak penggajian antara majikan dan pekerja yang tidak disetemkan mengikut item 4, Jadual Pertama, Akta Setem 1949, iaitu duti setem yang ditetapkan adalah RM10,” menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan bagi mengurangkan beban majikan, Kementerian Kewangan telah membuat keputusan kontrak penggajian yang dimuktamadkan sebelum 1 Januari 2025 diberi pengecualian duti setem.

Hal ini berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Kewangan di bawah subseksyen 80(1A) Akta Setem 1949 dan peremitan penalti lewat penyeteman berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Pemungut Duti Setem di bawah subseksyen 47A(2) Akta Setem 1949.

Selain itu, kontrak penggajian yang dimuktamadkan mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 adalah tertakluk kepada duti setem dan diberi peremitan penalti lewat penyeteman.

Ia berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Pemungut Duti Setem di bawah subseksyen 47A(2) Akta Setem 1949 dengan syarat dokumen kontrak penggajian tersebut disetemkan pada atau sebelum 31 Disember 2025.

LHDN memaklumkan keputusan lain yang diambil adalah kontrak penggajian yang dimuktamadkan mulai 1 Januari 2026 adalah tertakluk kepada kenaan duti setem dan kelewatan penyeteman kontrak penggajian akan dikenakan penalti sewajarnya.

LHDN turut menggesa semua majikan untuk menyemak dan mengemas kini kontrak penggajian yang telah dan akan ditandatangani untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan penyeteman di bawah Akta Setem 1949. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Karnival Kesihatan Pandu Puteri 2025 diadakan 24 Ogos depan
Next: DBKU, Aberdeen perkukuh usaha kelestarian bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.