Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kontinjen Sibu sedia gempur Karnival Sukan R&DO Samarahan 2025
  • SUKAN

Kontinjen Sibu sedia gempur Karnival Sukan R&DO Samarahan 2025

Utusan Sarawak 15 hours ago
RESIDEN Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman menyerahkan jersi kontinjen kepada Ketua Kontinjen Pentadbiran Bahagian Sibu, Haider Kowel Bete, sebagai simbol semangat dan penyatuan pasukan menjelang Karnival Sukan R&DO Samarahan 2025.

SIBU: Kontinjen Pentadbiran Bahagian Sibu kini bersedia sepenuhnya untuk menyertai Karnival Sukan R&DO Samarahan 2025 yang akan berlangsung dari Khamis hingga Ahad ini di Auditorium Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), Cawangan Kota Samarahan.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, berkata sesi penyerahan jersi kontinjen diadakan bagi menyuntik semangat dan memperkukuh penyatuan pasukan sebelum mereka berangkat ke Samarahan.

Menurutnya, persiapan rapi telah dijalankan termasuk penyelarasan pengangkutan, penginapan serta logistik bagi memastikan perjalanan dan penyertaan pasukan berjalan lancar sepanjang karnival tersebut.

“Karnival ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengukur tahap kecergasan dan semangat kesukanan dalam kalangan warga pentadbiran tetapi turut memperkukuh semangat kekitaan serta perpaduan antara kakitangan dari seluruh negeri,” katanya pada majlis penyerahan jersi kontinjen di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Residen Bahagian Sibu, hari ini.

RESIDEN Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman menyerahkan jersi kontinjen kepada Ketua Kontinjen Pentadbiran Bahagian Sibu, Haider Kowel Bete, sebagai simbol semangat dan penyatuan pasukan menjelang Karnival Sukan R&DO Samarahan 2025.

Beliau berkata, kontinjen Bahagian Sibu melibatkan seramai 85 peserta, termasuk pemain dan pengurusan pasukan, yang akan bersaing dalam lima acara sukan utama iaitu badminton, pickleball, bola sepak, bola jaring dan ping pong.

“Seramai 19 pemain akan mewakili Sibu dalam acara badminton yang melibatkan lima kategori, manakala 12 pemain akan beraksi dalam tiga kategori acara pickleball.

“Pasukan bola sepak pula terdiri daripada 27 orang, disusuli pasukan bola jaring seramai 15 pemain dan 12 peserta lagi akan menyertai tiga kategori ping pong,” jelasnya.

Tambahnya, karnival yang disertai 12 bahagian seluruh Sarawak itu dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kontinjen Bahagian Sibu mampu memberikan persembahan terbaik dan membawa pulang kejayaan yang membanggakan.

“Saya berharap semangat juang dan disiplin tinggi yang ditonjolkan menjadi inspirasi kepada semua, bukan sahaja untuk meraih kemenangan tetapi juga memperkukuh hubungan kerja berpasukan dalam kalangan warga pentadbiran,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan segala persiapan berjalan lancar menjelang keberangkatan kontinjen ke Samarahan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Rudal D.9 juara tarik tali tertutup Sarawak 2025
Next: Harden puji semangat juang pemain muda di Kejohanan Badminton Junior Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.