Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kontinjen Legend of Light dinobat juara kategori terbuka Perarakan Jalanan Kuching 2025
  • TEMPATAN

Kontinjen Legend of Light dinobat juara kategori terbuka Perarakan Jalanan Kuching 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
Kontinjen Legend of Light, The Glorious 40s, gabungan veteran bekas pelakon, pengarah dan tenaga produksi kreatif Sarawak, dinobatkan sebagai juara kategori terbuka, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Kuching Perarakan Jalanan 2025 yang berlangsung meriah malam tadi.

KUCHING: Kontinjen Legend of Light, The Glorious 40s, gabungan veteran bekas pelakon, pengarah dan tenaga produksi kreatif Sarawak, dinobatkan sebagai juara kategori terbuka, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Kuching Perarakan Jalanan 2025 yang berlangsung meriah malam tadi.

Kemenangan sulung itu cukup bermakna apabila kumpulan berkenaan sebulan bertungkus-lumus menghasilkan busana, peralatan pentas serta perhiasan kepala yang sarat nilai seni, selain mempersembahkan tarian dan rekaan pentas teaterikal yang berjaya memukau juri serta ribuan penonton.

Sebagai juara, kontinjen tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, diikuti Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di tempat kedua dengan RM3,000, manakala Kasuma Tari meraih tempat ketiga dengan RM2,000.

Bagi kategori jabatan kerajaan, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak diumumkan juara, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di tempat kedua, manakala Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di tempat ketiga.

Kategori terbuka, Kejiranan Mesra (KJM) serta IPTA dan IPTS pula menyaksikan Sarawak Skills muncul juara, Kolej SIDMA Sarawak bersama Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) berkongsi tempat kedua, manakala Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tabuan Lot berada di tempat ketiga.

Kategori kenderaan berhias dimenangi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak selaku juara, manakala stesen radio Cats FM meraih tempat kedua.

Kategori motosikal pula menyaksikan MyUS Autotech Sdn Bhd dinobatkan sebagai juara, TM Technology Services Sdn Bhd di tempat kedua dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di tempat ketiga.

Sementara itu, kategori basikal dimenangi Brotherhood Community Club sebagai juara, Kuching BMX Freestyle di tempat kedua dan Foldies Cycling Club Kuching di tempat ketiga.

KSP 2025 yang bertemakan Perarakan Cahaya menampilkan 54 kontinjen dengan lebih 2,000 peserta mewakili pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sektor swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Perarakan bermula di Pusat Komersial Travillion pada sebelah petang sebelum melabuhkan tirainya di Padang Merdeka dengan persembahan penuh warna-warni yang menggamit lebih 5,000 pengunjung.

Acara kemuncak turut diserikan dengan pertunjukan bunga api yang memukau, menutup malam penuh cahaya dan semangat kebersamaan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tiket pergi balik RM138: MOTAC hargai sumbangan jururawat di Sibu, Bintulu
Next: 146 peserta sertai Safari Memancing Tanjung Manis, tarik minat dari seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.