Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Konsulat Indonesia terima 800 permohonan sertai program RTK 2.0 di Sarawak
  • NASIONAL

Konsulat Indonesia terima 800 permohonan sertai program RTK 2.0 di Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago
Konsul Jenderal Republik Indonesia Raden Sigit Witjaksono

KUCHING: Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching telah menerima sejumlah lebih 800 pemohonan dari warga republik itu untuk bekerja secara sah di negeri ini menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

Konsul Jenderal Republik Indonesia Raden Sigit Witjaksono berkata, beliau menyarankan syarikat-syarikat di negeri ini yang mempunyai pekerja warga Indonesia membuat pemohonan segera sebelum penghujung tahun ini.

“Kita minta semua syarikat yang mempunyai pekerja warga Indonesia yang tiada dokumen lengkap agar  segera membuat pemohonan bagi memudahkan urusan untuk manfaat semua pihak yang terlibat.

“Kami (Indonesia) menyambut baik program RTK 2.0 ini, bahkan selain menerima pemohonan di konsulat kami juga mengadakan outreach di ladang-ladang bagi membantu serta mempermudahkan urusan pihak berkuasa di negeri ini,” katanya selepas majlis sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-78 di sini, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Premier Sarawak, kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menerima pakai program RTK 2.0 mulai 26 Julai lepas sehingga 31 Disember ini untuk membolehkan pendatang tanpa izin bekerja secara sah.

Majikan di Sarawak yang terlibat dalam sektor kotor, berbahaya dan sukar atau 3D boleh mendaftarkan pendatang tanpa izin sedia ada menerusi program tersebut.

Hanya pendatang tanpa izin dari 16 negara dibenarkan iaitu individu dari Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan dan China.

Maklumat lanjut berhubung program tersebut boleh didapati di portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my – Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar minta Saudi Aramco melabur di Kemaman
Next: 91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf – Dr Zaliha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.