Konsert ‘Imaji’ Aina Abdul gegarkan warga Sarawak malam ini

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penyanyi dan komposer, Aina Abdul bakal menggegarkan seluruh warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi konsert pertamanya, jelajah ‘Imaji’, malam ini.

Menerusi akaun instagramnya, Aina turut berkongsi beberapa gambarnya yang kelihatan sudah bersedia untuk tampil membuat persembahan untuk seluruh warga Sarawak di UNIMAS, malam ini.

Aina melalui hebahan menerusi akaun Instagram peribadinya, turut mengingatkan orang ramai yang hadir malam ini untuk tidak membawa barangan terlarang semasa berlangsungnya konsert ini.

Sementara itu, orang ramai turut diingatkan untuk meletakkan kenderaan di parkir yang telah tersedia atau mengambil pilihan kedua dengan menaiki e-hailing bagi mengawal pergerakan lalu lintas di Detar Putra, Unimas.

Jelas Aina lagi, para peminat boleh mengambil (Fan Benefit) di kaunter dengan menunjukkan tiket konsert sama ada bercetak atau e-tiket pada 3.00 petang sehingga 9.30 malam.

Ketika ditemui wartawan pada sidang media sebelum ini, Aina memaklumkan, konsert Imaji yang julung kali diadakan ini bakal menampilkan sebanyak 20 lagu (album) miliknya.

Oleh Noor Ikmal

Marvel kembali gegarkan Comic-Con

SAN DIEGO: Peminat komik dari seluruh dunia kembali berhimpun di San Diego, California, hari ini bagi menghadiri edisi terbaharu persidangan