Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert Empat Live In KL 2025 gabungan Ziana, Anuar, Ernie, Syamel
  • HIBURAN

Konsert Empat Live In KL 2025 gabungan Ziana, Anuar, Ernie, Syamel

Utusan Sarawak 20 hours ago
KONSERT julung kali menampilkan dua beradik, Ziana Zain dan Anuar Zain, serta anak buah kesayangan mereka, Ernie Zakri dan suaminya Syamel, di atas satu pentas.

KUALA LUMPUR: Kolaborasi empat penyanyi hebat daripada keluarga seni tersohor tanah air dalam konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 menjadi simbol cinta, kenangan dan legasi seni yang akan terus dikenang peminat.

Dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Bukit Bintang pada 18 Oktober depan, konsert itu buat julung kali menghimpunkan dua beradik, Ziana Zain dan Anuar Zain, serta anak buah kesayangan mereka, Ernie Zakri dan suaminya Syamel, di atas satu pentas.

JENIFFER Thompson sebagai pengarah Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025.

Berkongsi pandangan, Anuar melihat konsert itu sebagai satu bentuk penghargaan terhadap perjalanan seni keluarga mereka, selain menjadi suatu jenama dalam industri muzik tanah air.

“Empat itu bukan hanya satu nombor, tetapi kolaborasi empat artis yang merupakan anak-beranak. Kita harapkan konsert ini menjadi sesuatu yang akan diabadikan sebagai legasi dan sejarah kami di atas satu pentas.

“Diharapkan ia juga akan menjadi sesuatu yang diperkatakan untuk selama-lamanya,” kata artis itu pada sidang media konsert tersebut, di sini baru-baru ini.

Menambahkan lagi keterujaan peminat,  bersempena dengan konsert itu, mereka juga akan tampil dengan sebuah single baharu yang mengetengahkan tema cinta universal ciptaan Edry Abdul Halim.

Anuar yang pernah bekerjasama dengan Edry kira-kira 15 tahun lepas menerusi lagu Sedetik Lebih, menyifatkan beliau sebagai penulis lagu dan komposer yang bijak serta berpengalaman.

ANUAR Zain bersama Ziana Zain bercakap pada sidang media baru-baru ini.

“Ketika berjumpa Edry, dia beri kami dua pilihan lagu, tetapi, kami lebih tertarik dengan satu daripada ciptaannya yang ‘menangkap’ jiwa. Tidak bercakap banyak, kami berempat terus bersetuju sebaik lagu itu diperdengarkan,” katanya.

Anuar berkata Edry memahami karakter vokal kempat-empat mereka dan menghasilkan susunan muzik yang sesuai, sekali gus menjadikan proses rakaman lebih mudah dan lancar dari awal hingga akhir.

ERNIE Zakri dan suaminya Syamel pada sidang media baru-baru ini.

Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 yang dibawkan oleh Anuar Zain Network dengan kerjasama Altus ProHouse dijangka menjadi antara acara muzik paling bersejarah tahun ini.

Sementara itu, Ziana berkata idea untuk menjayakan konsert bersama-sama dengan ahli keluarganya dibayangkan oleh peminat, serta pernah dibangkitkan beberapa tahun lalu apabila mereka sering dilihat bersama selepas Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga.

Beliau berkata konsert itu bukan sahaja memenuhi impian peminat yang setia menyokong perjalanan seni mereka, malah menjadi detik istimewa buat keluarga mereka sendiri. 

“Kami mahu jadikan konsert ini satu momen paling bermakna dalam hidup mereka (peminat) dan hidup kami. Moga ia jadi cerita indah yang dikenang, walaupun suatu hari nanti kami tiada,” katanya, dan menambah konsert itu dijangka menyajikan lebih 20 lagu yang dipersembahkan secara solo, duet dan gabungan berempat.

Dalam pada itu, Ernie yang membesar menyaksikan kehebatan dua ikon seni negara itu di atas pentas, menyifatkan konsert berkenaan sebagai satu mimpi yang menjadi kenyataan.

“Apabila diberitahu konsert ini bakal menjadi realiti, perasaan saya bercampur-baur, terharu, sebak dan bangga. Ini merupakan detik besar dalam hidup saya,” katanya.

Tiket bagi konsert yang diarahkan oleh Jeniffer Thompson dengan Lee Sze Wan sebagai pengarah muzik itu, kini cuma berbaki 15 peratus sejak mula dijual pada 25 April lepas dan boleh didapati di www.ticket2u.com.my/empatkl. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Hael Husaini janjikan pengalaman hebat di Konsert Hael Husaini & Repertoire

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.