Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Konsert BTS di lima negara Amerika Latin Oktober ini
  • GLOBAL

Konsert BTS di lima negara Amerika Latin Oktober ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
KONSERT BTS di lima negara Amerika Latin Oktober ini

SEOUL: Bintang K-pop BTS akan membuat persembahan di lima negara Amerika Latin pada Oktober, termasuk Colombia dan Peru, sebagai sebahagian jelajah dunia ‘Arirang’, menurut agensi kumpulan itu pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kumpulan tujuh anggota berkenaan akan mengadakan 11 persembahan di lima bandar utama di Amerika Latin, bermula di Bogota, Colombia, pada 2 hingga 3 Oktober, menurut BigHit Music.

Kumpulan itu akan membuat persembahan di Lima, Peru, pada 9 hingga 10 Oktober, diikuti konsert di Santiago, Chile, pada 16 hingga 7 Oktober, dan di Buenos Aires, Argentina, pada 23 hingga 24 Oktober.

Pusingan akhir jelajah akan berlangsung di Sao Paulo, Brazil, pada 28 Oktober dan 30 hingga 31 Oktober.

BTS akan mengadakan konsert kumpulan penuh buat julung kalinya di Colombia, Peru dan Argentina.

Pada 2022, Jin menyertai konsert jelajah dunia kumpulan rock British Coldplay di Buenos Aires sebagai tetamu.

Sempena pelancaran album studio kelima kumpulan itu, ‘Arirang,’ BTS telah mengadakan konsert di Dataran Gwanghwamun di tengah Seoul pada Sabtu lepas, pertama selepas semua anggotanya menamatkan perkhidmatan tentera.

‘BTS World Tour Arirang’ akan bermula di Goyang, barat laut Seoul, pada 11 April dan diteruskan di bandar-bandar utama di seluruh dunia hingga 2027. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Indonesia haramkan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun
Next: Brunei sasar lebih dua juta penumpang udara menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.