Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert BTS di Amerika tarik 840,000 peminat – Agensi
  • HIBURAN

Konsert BTS di Amerika tarik 840,000 peminat – Agensi

Utusan Sarawak 1 hour ago
KONSERT BTS di Amerika tarik 840,000 peminat. Foto agensi.

SEOUL: Kumpulan K-pop BTS menarik 840,000 peminat merentasi 15 persembahan di lima bandar untuk jelajah dunianya di Amerika Utara, kata agensi kumpulan itu pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Tiket konsert kumpulan itu habis dijual baru-baru ini di Tampa, El Paso, Stanford dan Las Vegas di Amerika Syarikat, serta Mexico City di Mexico, sebagai sebahagian daripada jelajah dunia ‘Arirang’, menurut BigHit Music.

Susulan permintaan tinggi, kumpulan itu mengadakan pertunjukan tambahan di Tampa, Stanford dan Las Vegas, yang kesemuanya penuh.

BTS memulakan jelajah dunia bulan lepas sempena kemunculan semula mereka selepas hampir empat tahun berehat ketika anggotanya melaksanakan khidmat tentera wajib Korea Selatan.

Billboard yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan BTS mengaut AS$76.2 juta dan menjual 417,000 tiket dalam lapan pertunjukannya di Goyang, Korea Selatan, Tokyo dan Tampa pada April, menjadikannya jelajah dengan kutipan tertinggi bulan lepas.

Persembahan jelajah dunia BTS seterusnya akan berlangsung pada 12-13 Jun di bandar pelabuhan tenggara Korea Selatan, Busan. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Idayu terus usaha, fokus hasilkan karya berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.