Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert ACG 2026 perkukuh jambatan budaya Sarawak–Jepun, angkat pemuzik muda sebagai duta muhibah
  • HIBURAN

Konsert ACG 2026 perkukuh jambatan budaya Sarawak–Jepun, angkat pemuzik muda sebagai duta muhibah

Utusan Sarawak 1 day ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, bercakap pada sidang media Konsert ACG 2026 di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitul Makmur II, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Penganjuran Konsert Animasi, Komik dan Permainan (ACG) 2026 disifatkan sebagai satu manifestasi diplomasi budaya yang berkesan, apabila muzik dimanfaatkan sebagai medium untuk memperkukuh hubungan dua hala serta memupuk rasa saling menghormati antara rakyat Sarawak dan Jepun.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, konsert berkenaan berteraskan konsep ‘jambatan’ khususnya pembinaan Jambatan Budaya Sarawak–Jepun yang kini semakin kukuh melalui kerjasama strategik dalam bidang seni persembahan.

“Pemuzik muda Sarawak bukan sekadar terlibat dalam persembahan muzik semata-mata, malah berperanan sebagai duta muhibah yang menyumbang kepada pembinaan hubungan rasmi serta persefahaman budaya antara kedua-dua wilayah.

“Mereka bukan hanya memainkan muzik, tetapi turut membina hubungan dua hala dan memupuk rasa hormat yang mendalam antara rakyat Sarawak dan Jepun melalui pertukaran budaya serta kolaborasi seni,” katanya.

RAKAM KENANGAN… Rakaman gambar kenangan pada sidang media Konsert ACG 2026 di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitul Makmur II, Petra Jaya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Konsert ACG 2026 di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitul Makmur II, di sini, hari ini.

Tambah beliau, asas kepada pembinaan jambatan budaya itu bermula menerusi penganjuran Festival Pancaragam dan Orkestra Antarabangsa Sarawak (SIBOFest) pada 2024, yang menyaksikan penyertaan lebih 70 pemuzik dari Jepun ke Kuching dengan sokongan penuh kementerian.

“Kejayaan festival tersebut kemudiannya membawa kepada penubuhan The Band Lab Japan sebagai cawangan saudara rasmi kepada The Band Lab yang berpangkalan di Kuching, sekali gus mengukuhkan jaringan institusi antara kedua-dua pihak.

“Beberapa ahli The Band Lab Japan akan membuat persembahan bersama pemuzik tempatan pada Konsert ACG 2026 yang dijadual berlangsung pada 31 Januari ini di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan penyertaan sensasi tarian viral dari Jepun, Avantgardey, yang bakal membuat penampilan sulung mereka di Borneo menerusi konsert berkenaan, sekali gus menandakan satu pencapaian penting bagi industri kreatif tempatan.

POSTER Konsert ACG 2026.

“Penggabungan artis bertaraf antarabangsa dengan produksi orkestra tempatan membuktikan bahawa Sarawak kini bersedia muncul sebagai hab seni kreatif moden yang berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa,” ujarnya.

Konsert ACG 2026, yang disifatkan sebagai konsert orkestra penuh terbesar di Borneo, bakal berlangsung pada 31 Januari 2026 di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya, bermula jam 8 malam.

Untuk rekod, penjualan tiket Jualan Awal Super ditawarkan pada harga RM158 hingga RM358, manakala tiket Tawaran Awal yang dibuka mulai 23 November dijual antara RM178 hingga RM388. 

Sementara itu, tiket biasa yang mula dijual pada 1 Januari ditawarkan pada harga RM198 hingga RM438, bergantung kepada kategori tempat duduk.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pelakon, penyanyi veteran Isma Aliff meninggal dunia
Next: Tayangan filem Jana Nayagan dijadualkan esok ditangguh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.