Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konsep rumah terbuka medan pertemuan masyarakat berbilang kaum
  • Selatan
  • WILAYAH

Konsep rumah terbuka medan pertemuan masyarakat berbilang kaum

Utusan Sarawak 1 day ago
FRIDAY Belik semasa menghadiri Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman Frederick Bajeng di Sungai Jemak, Kabo, malam tadi. -Foto ADUN Krian

SARATOK: Konsep rumah terbuka yang telah diamalkan sejak sekian lama dan kini menjadi satu kebiasaan akan terus dijadikan sebagai landasan untuk menyuburkan semangat perpaduan serta merapatkan jurang antara masyarakat yang wujud selama ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata amalan sebegini akan terus digunakan sebagai medan pertemuan yang paling kukuh dan padu.

“Saya secara peribadi sering merasakan penganjuran rumah terbuka seperti Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Corak dan cara sambutan yang berbeza-beza mengikut perayaan menjadikan adat dan tradisi ini sebagai faktor penarik utama untuk masyarakat lain merasai keunikan, terutamanya di dalam penyediaan kepelbagaian juadah makanan.

“Ia sememangnya telah terbukti menjadi salah satu faktor utama kepada penyatuan keluarga dan keakraban masyarakat kita, khususnya di bumi bertuah Sarawak, Bumi Kenyalang yang kita cintai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman Frederick Bajeng di Sungai Jemak, Kabo, malam tadi.

Friday berkata majlis yang dianjurkan seperti hari ini mencerminkan keindahan budaya Malaysia yang berbilang kaum dan agama, di mana kita semua dapat duduk bersama, berkongsi rezeki, serta saling mengenali dengan lebih rapat.

“Saya yakin dan percaya, majlis rumah terbuka seperti ini boleh dijadikan sebagai salah satu landasan untuk kita meluangkan masa bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga kejiranan serta jalinan sosial.

“Sehubungan itu, marilah kita terus menyuburkan nilai-nilai toleransi, hormat-menghormati dan kasih sayang dalam kehidupan seharian kita. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengajak kita semua terus mengeratkan hubungan sesama kita, tanpa mengira latar belakang dan perbezaan,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SUPP terus kukuh, buktikan masih relevan sebagai parti tertua – Sim
Next: Gawai Dayak lambang semangat tradisi pelbagai kaum di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.