Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kongsi kenderaan, parkir jauh demi kelancaran Ambang Tahun Baharu 2026 – Karim
  • TEMPATAN

Kongsi kenderaan, parkir jauh demi kelancaran Ambang Tahun Baharu 2026 – Karim

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUASANA sekitar raptai penuh Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Tebingan Kuching, semalam.

KUCHING: Orang ramai yang akan menghadiri Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dinasihatkan supaya mengamalkan kongsi kenderaan serta meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang lebih jauh bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar Tebingan Kuching.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara kawasan parkir alternatif yang disarankan ialah di Jalan Satok, Jalan Haji Taha dan Taman Perpaduan.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media pada upacara raptai penuh Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Tebingan Kuching, semalam.

“Jika boleh, elakkan satu kenderaan hanya membawa dua orang. Datanglah beramai-ramai dalam satu kenderaan dan elakkan meletakkan kenderaan terlalu dekat dengan kawasan Tebingan Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada upacara raptai penuh Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Tebingan Kuching, semalam.

PENARI kebudayaan melakukan raptai semalam.

Menurut beliau, persiapan acara setakat ini berjalan lancar berdasarkan laporan jawatankuasa penganjur, dan beliau berharap keadaan cuaca berada dalam keadaan baik pada malam sambutan.

“Kita menjangkakan kehadiran puluhan ribu pengunjung, dengan persembahan artis-artis ternama yang ditampilkan. Harapan saya agar semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah seperti tahun-tahun lalu,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pasukan silat Sri Aman cemerlang di Kejohanan Jemputan Pencak Silat 2025
Next: Harga durian mampu milik, serendah RM1 sebiji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.