Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kongsi kegembiraan perayaan bersama
  • WILAYAH

Kongsi kegembiraan perayaan bersama

Utusan Sarawak 2 months ago
BUKTI KEPRIHATINAN… Dato Sri Fatimah Abdullah dan yang lain menjayakan Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2025 di Miri, hari ini. -Foto UKAS

MIRI: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen dalam menjaga kebajikan rakyat dengan memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan terutamanya menjelang musim perayaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah memberitahu, seramai 738 penerima bantuan kebajikan di Miri telah menerima sumbangan sempena Aidilfitri pada tahun ini.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 150 penerima diraikan dalam Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2025, manakala selebihnya menerima bantuan melalui majlis lain dan dikreditkan terus ke akaun masing-masing,” katanya ketika Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2025, hari ini.

SANTUNI WARGA EMAS… Dato Sri Fatimah Abdullah dan yang lain semasa Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2025 di Miri, hari ini.
-Foto UKAS

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Hotel Dynasty Miri atas sumbangan hamper makanan bernilai RM150 kepada setiap penerima.

Hotel berkenaan juga telah memberi sokongan kepada tiga program Sejambak Kasih pada tahun ini, termasuk sambutan Tahun Baru Cina (TBC) dan Hari Gawai.

Beliau berharap dengan penganjuran majlis ini dapat membawa kegembiraan kepada golongan kurang berkemampuan meraikan Hari Raya serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengarah Urusan Dynasty Hotel Miri, Tony Pui dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Semawi Mohamad. -UKAS

Continue Reading

Previous: RM3,000 menanti pemenang Pertandingan Pintu Gerbang 
Next: CATS FM agih 2,000 pek bubur lambuk, rai anak yatim sempena Aidilfitri di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.