Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Konflik Palestin-Israel: 338,000 penduduk tinggalkan kediaman di Gaza – PBB
  • GLOBAL

Konflik Palestin-Israel: 338,000 penduduk tinggalkan kediaman di Gaza – PBB

Utusan Sarawak 2 years ago
KONFLIK antara Palestin-Israel yang memuncak menyebabkan lebih 338,000 penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

MOSCOW: Lebih 338,000 penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka sejak konflik antara Palestin-Israel memuncak, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), semalam, lapor Sputnik.

“Perpindahan besar-besaran di seluruh Semenanjung Gaza berterusan. Jumlah kumulatif penduduk yang hilang tempat tinggal meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh 24 jam yang lalu, kini berjumlah 338,934,” menurut pejabat itu dalam satu kenyataan.

OCHA menambah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin kini menempatkan sebanyak 218,597 penduduk yang hilang tempat tinggal, atau 65 peratus, di 92 sekolah manakala 14,837 penduduk lain telah mencari perlindungan di 18 sekolah Pihak Berkuasa Palestin. – Bernama – Sputnik

Continue Reading

Previous: Hampir 5.8 juta orang hilang tempat tinggal akibat perang di Sudan
Next: Guru, pakar sakit puan antara kakitangan PBB terbunuh di Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.