Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Konflik di Asia Barat: Kerajaan akan berusaha pertahan harga RON95 – PM Anwar
  • SEMASA

Konflik di Asia Barat: Kerajaan akan berusaha pertahan harga RON95 – PM Anwar

Utusan Sarawak 13 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Tempatan di Kompleks Seri Perdana hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia meskipun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi kesan kepada negara, namun kerajaan bertekad untuk mempertahankan harga petrol RON95 bagi program Budi MADANI RON95 (BUDI95).

“Insya-Allah, untuk rakyat Malaysia saya akan cuba mempertahankan supaya tidak ada kenaikan harga minyak.

“Kita akan bertahan semaksimumnya tapi, wallahualam, (pasaran) ini tak terkawal, kalau keadaannya menjadi sehingga luar daripada kawalan kita, itu (jika berlaku kenaikan harga) tidak dapat kita pastikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat tempatan di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Pasaran global berhati‑hati pada Ahad susulan tindakan ketenteraan AS ke atas Iran dan risiko geopolitik yang meningkat.

Situasi di Asia Barat telah mewujudkan sentimen mengelak risiko dan menjejaskan harga minyak mentah, ringgit serta aliran perdagangan.

Pada masa ini, minyak mentah WTI naik 2.78 peratus kepada AS$67.02 setong manakala minyak mentah Brent meningkat 2.87 peratus kepada AS$72.87 setong.

Firma risikan perniagaan dan penyelidikan tenaga, Rystad Energy menjangkakan harga minyak mentah Brent berpotensi melonjak sebanyak AS$20 setong pada Isnin berikutan premium risiko yang diselaraskan semula melainkan terdapat petunjuk yang jelas mengenai ketegangan yang mereda pada hujung minggu susulan serangan tersebut.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan susulan perkembangan keselamatan di Oman – Wisma Putra
Next: Warga Malaysia di perantauan bimbang perang jejas perancangan balik beraya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.