Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Konflik Asia Barat: TH sedia hadapi sebarang senario, jamin kebajikan jemaah haji
  • NASIONAL

Konflik Asia Barat: TH sedia hadapi sebarang senario, jamin kebajikan jemaah haji

Utusan Sarawak 7 hours ago
TABUNG Haji (TH) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan konflik di Asia Barat, termasuk memberi jaminan kepada jemaah haji Malaysia merangkumi aspek keselamatan, perlindungan insurans dan kelancaran operasi bagi musim haji 1447H/2026M. Foto BERNAMA

SEPANG: Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan konflik di Asia Barat, termasuk memberi keutamaan kepada jemaah haji Malaysia merangkumi aspek keselamatan, perlindungan insurans dan kelancaran operasi bagi musim haji 1447H/2026M.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air 1447H/2026M Mohd Norber Kassim berkata TH sentiasa memantau perkembangan semasa dan telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan urusan ibadah haji berjalan lancar.

Beliau berkata TH  mempunyai pelan bencana dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan disesuaikan mengikut keadaan semasa.

TABUNG Haji (TH) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan konflik di Asia Barat, termasuk memberi jaminan kepada jemaah haji Malaysia merangkumi aspek keselamatan, perlindungan insurans dan kelancaran operasi bagi musim haji 1447H/2026M. Foto BERNAMA

“TH sememangnya telah pun bersiap sedia dengan pelan bencana yang mana sebelum ini pun sebelum krisis peperangan ini pun TH memang telah ada SOP, telah ada pelan bencana.

“Jadi pelan ini insya-Allah akan kita sesuaikan dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan bersama media operasi bagi musim haji 1447H/2026M.

Beliau berkata TH turut mendapatkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta berhubung dengan kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan perkembangan terkini konflik berkenaan. 

“TH turut mendapat pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi bahawa haji akan diteruskan sebagaimana biasa. Jadi, kita akan teruskan seperti dirancang untuk musim ini,” katanya.

TABUNG Haji (TH) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan konflik di Asia Barat, termasuk memberi jaminan kepada jemaah haji Malaysia merangkumi aspek keselamatan, perlindungan insurans dan kelancaran operasi bagi musim haji 1447H/2026M. Foto BERNAMA

Mohd Norber turut memberi jaminan bahawa kebajikan jemaah haji Malaysia, termasuk aspek perlindungan dan insurans, berada di bawah pengurusan TH.

“Insya-Allah semuanya di bawah pengurusan TH. Jemaah merupakan Jemaah Haji Malaysia dan diuruskan oleh TH. Insya-Allah kita akan melihat semua aspek ini,” katanya.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadualkan bermula pada 18 April ini, manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang melibatkan syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines.

Selain daripada itu, lapan stesen berlepas akan digunakan untuk para jemaah haji di seluruh negara bagi urusan melapor diri, iaitu Kota Bharu di Kelantan, Kuala Terengganu (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Bayan Lepas (Pulau Pinang), Senai (Johor), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).- Bernama

Continue Reading

Previous: Pematuhan permit haji selaras maqasid syariah, jamin keselamatan
Next: BDR penjawat awam bermula, penyampaian perkhidmatan beroperasi seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.