Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Konflik Asia Barat jejas usaha promosi pelancongan Sarawak di Berlin
  • SEMASA

Konflik Asia Barat jejas usaha promosi pelancongan Sarawak di Berlin

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media berkenaan Lan Berambeh Sungkei di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya hari ini.

PETRA JAYA: Konflik yang memuncak di Asia Barat menjejaskan usaha promosi pelancongan Sarawak di peringkat antarabangsa apabila beberapa wakil negeri tidak dapat menghadiri pameran pelancongan di Berlin, Jerman akibat gangguan penerbangan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beberapa wakil Sarawak termasuk pegawai kanan pelancongan tidak dapat berlepas ke Berlin selepas penerbangan mereka terpaksa dihentikan pada saat akhir berikutan laluan melalui Asia Barat terjejas akibat konflik berkenaan.

Menurutnya, Sarawak menyertai pameran pelancongan di Berlin dari 3 hingga 5 Mac melalui pavilion khas bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

“Kita menghantar beberapa wakil ke sana termasuk Timbalan Menteri saya, Datuk Sebastian Ting dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board, Sharzede Salleh Askor namun penerbangan mereka terpaksa dihentikan pada saat akhir kerana laluan penerbangan melalui Asia Barat terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media berkenaan majlis Lan Berambeh Sungkei di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Karim berkata empat ejen pelancongan dari Sarawak yang berlepas lebih awal berjaya tiba di Berlin dan membantu mengurus serta membuka pavilion Sarawak bagi memastikan promosi pelancongan negeri itu tetap diteruskan.

Menurutnya, konflik tersebut turut memberi kesan kepada negara lain yang mengambil bahagian dalam pameran berkenaan kerana gangguan penerbangan menjejaskan pergerakan delegasi dari pelbagai negara.

Tambah beliau, sekiranya konflik berlarutan, ia berpotensi menjejaskan industri pelancongan Sarawak termasuk ketibaan pelancong dari Eropah yang merupakan antara penyumbang utama kepada sektor pelancongan negeri.

Katanya, keadaan itu juga boleh memberi kesan kepada penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang dijadual berlangsung pada Jun ini sekiranya pelancong antarabangsa membatalkan perjalanan mereka.

“Kita mempunyai ramai pelancong dari Jerman dan United Kingdom yang datang ke Sarawak. Jika konflik ini berlarutan, kemungkinan ada yang membatalkan perjalanan mereka kerana perancangan perjalanan biasanya dibuat lebih awal,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerjasama strategik: JAPEN Sarawak bentang inisiatif komunikasi 2026
Next: RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa perkukuh mekanisme pengantaraan – Dato’ Ahmad Ibrahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.