Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Konflik Asia Barat berlarutan, pemulihan dijangka ambil masa panjang – PM Anwar
  • SEMASA

Konflik Asia Barat berlarutan, pemulihan dijangka ambil masa panjang – PM Anwar

Utusan Sarawak 13 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Konflik yang berlarutan di Asia Barat dijangka memerlukan tempoh pemulihan yang panjang, namun Malaysia berada dalam kedudukan ekonomi yang relatif lebih stabil untuk mengharungi cabaran tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bila perkara ini berlaku, tentunya menjejaskan rantaian bekalan global khususnya tenaga dan Malaysia tidak terkecuali… cuma kita harus bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita memasuki fasa ini dalam keadaan ekonomi yang relatif lebih stabil dan kita dapat bertahan… RON95 umpamanya dengan RM1.99.

“Itu mengejutkan kerana kalau lihat kos dan harga minyak dengan orang terpaksa beratur, ada catuan di negara-negara rantau itu… tentunya merimaskan… jadi, bila keadaan ini melegakan sedikit tidak bermakna kita boleh selesa,” katanya menerusi mesej video hari ini. 

Beliau berkata perkembangan semasa menunjukkan konflik itu bukan sahaja menjejaskan negara-negara serantau malah tempiasnya kini dirasai di peringkat global termasuk Malaysia.

“Daripada perbualan saya dengan Presiden Iran, pimpinan negara-negara Teluk, Arab Saudi, Turkiye, Mesir dan juga kunjungan singkat saya ke Indonesia bersama (Presiden) Bapak Prabowo Subianto, semuanya menyatakan keadaan akan lebih parah sebelum dapat dipulihkan dan tentunya akan mengambil masa yang jauh lebih panjang.

Sehubungan itu, Anwar berkata keadaan yang sedikit “reda” tidak seharusnya menyebabkan masyarakat dan negara mengambil sikap selesa atau memandang ringan cabaran semasa.

Beliau juga berkata beberapa program khas bersama dengan Jemaah Menteri dan beberapa jawatankuasa khas telah diadakan bagi mengawal penggunaan bahan api sekali gus menjamin bekalan tenaga negara.

“Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita menyediakan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurang melangkau hingga Mei, dan ini sangat membantu rakyat serta negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut mengambil langkah awal termasuk mengawal sambutan Aidilfitri dengan penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengikuti semangat itu dengan tidak bersikap angkuh dan boros apatah lagi mempamerkan kekayaan secara berlebihan seolah-olah tiada pihak terkesan.

Anwar berkata sikap sedemikian hanya akan memudaratkan negara memandangkan masih ramai rakyat seperti petani, nelayan dan golongan pekerja yang terhimpit.

“Jadi, golongan yang agak kaya dan yang tinggi kedudukan, mereka jangan alpa… tunjukkan keprihatinan dan membantu dalam keadaan yang menekan ramai rakyat,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas akan diambil terhadap penyebaran berita palsu berkaitan harga minyak, elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.