Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KomunitiKu Sayang Siri 7 tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana
  • Utara
  • WILAYAH

KomunitiKu Sayang Siri 7 tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH…Penguang bersama Dato Ruslan dan yang lain bergambar kenangan bersama 11 orang Ketua Kaum yang menerima alat pemadam api daripada Kumpukan Bintulu Port Holding Berhad. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, merakamkan penghargaan kepada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) atas komitmen syarikat itu terhadap pembangunan komuniti menerusi penganjuran Program KomunitiKu Sayang Siri 7 yang berlangsung selama tiga hari di Balai Raya Kampung Narum, Marudi dan berakhir hari ini.

Program tersebut melibatkan seramai 120 peserta daripada empat buah kampung. Antara objektifnya ialah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan kebombaan, kesihatan awam dan pemeliharaan alam sekitar, di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara BPHB, agensi kerajaan dan komuniti luar bandar.

Datuk Dr Penguang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, berkata program seperti ini memberikan manfaat kepada penduduk di luar bandar mahupun di bandar, khususnya golongan ibu dan suri rumah yang banyak menghabiskan masa di dapur.

“Saya difahamkan program ini turut menyediakan latihan kepada semua peserta sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, terutama bencana seperti kebakaran dan banjir,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Program KomunitiKu Sayang Siri 7 hari ini.

Beliau turut menggesa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang terlibat dalam program tersebut agar sentiasa bersiap siaga dan berwaspada dalam menghadapi sebarang bencana yang mungkin berlaku.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta agensi-agensi lain yang telah membantu penduduk bukan sahaja di Marudi, malah di seluruh kawasan Baram ketika berlakunya banjir dan bencana lain.

Sehubungan itu, beliau berharap KMKK yang menyertai program ini dapat menyebarluaskan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang program kepada penduduk di kampung dan rumah panjang supaya mereka lebih bersedia serta mampu mengurangkan risiko apabila berdepan sebarang bencana.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad Dato Ruslan Abdul Ghani, Datin Dayang Hapipahton Abang Abdillah, Ketua Cawangan Keselamatan Kebakaran Zon 6, Pejabat Bomba Zon Miri Haji Bolhi Maskawi serta Pengurus Besar Group Stakeholder Relations merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bintulu Port dan Pengerusi Bersama Program KomunitiKu Sayang Maslihah Haji Tioh.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Saratok musnahkan sarang lebah madu di Taman Muhibah
Next: Program KomunitiKu Sayang Siri 7 dekati komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.