Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti sihat asas Sarawak Maju Makmur
  • WILAYAH

Komuniti sihat asas Sarawak Maju Makmur

Utusan Sarawak 5 days ago
ALBUM… Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama para peserta Program Sukan Komuniti dan Kesedaran Antidadah di Bekenu hari ini.

BEKENU: Pelaksanaan lebih banyak aktiviti bersama masyarakat setempat khususnya golongan belia di Daerah Subis perlu dipergiat bagi memupuk gaya hidup sihat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata program hari ini penting untuk melibatkan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan belia dan wanita.

“Kita lihat Sarawak kita semakin maju dan sekarang ini slogannya ialah Sarawak Maju Makmur.

“Bila maju makmur, maka kita bukan hanya lihat kepada Sarawak yang maju, tetapi rakyat juga kena maju.

“Oleh itu, kerajaan kita menekankan pembangunan belia dan remaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sukan Komuniti dan Kesedaran Antidadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri di Bekenu hari ini.

PARA peserta Program Sukan Komuniti dan Kesedaran Antidadah di Bekenu hari ini.

“Penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan rakyat yang maju dan makmur seiring pembangunan Sarawak.

“Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang diadakan di Bekenu bukan sahaja menceriakan komuniti setempat, malah turut memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk,” jelasnya lagi.

Antara sukan yang diadakan pada program ini ialah pertandingan memancing, dam, dart dan carrom.

Hadir ialah Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis, Pegawai AADK Miri Mazlan Jikran dan Ketua Gerakan Wanita DUN Bekenu Kaunselor Hadijah Sheikh Kassim.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Edisi ke-22 Pesta Benak terus tarik pelancong, lonjak ekonomi tempatan
Next: Mangsa banjir Marudi bertambah, kawasan rendah masih dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.