Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti Senadin raih manfaat khidmat Mobile Service 2U
  • WILAYAH

Komuniti Senadin raih manfaat khidmat Mobile Service 2U

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin turun padang menjalankan Program Mobile Service 2U  ke Lot 89 Café dan kawasan sekitar Jalan Dynasty, Miri, hari ini. Foto UKAS

MIRI: Program Mobile Service 2U, yang dilaksanakan secara mingguan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin, meneruskan komitmennya dalam mendekati komuniti apabila sekali lagi turun padang ke Lot 89 Café dan kawasan sekitar Jalan Dynasty, Miri, hari ini.

Inisiatif ini diketuai oleh Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, bersama barisan kepimpinan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)Senadin.

Pendekatan turun padang ini membuka ruang interaksi secara langsung antara wakil rakyat dan komuniti setempat, membolehkan isu-isu tempatan diketengahkan secara terus.

Antara perkara yang dibangkitkan penduduk termasuk masalah berkaitan kemudahan awam dan perkhidmatan bandar, yang akan disalurkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, program ini mencerminkan pendekatan mesra rakyat dan mudah diakses, yang penting dalam memastikan suara rakyat terus didengar.

“Melalui Mobile Service 2U, kita bukan hanya menyampaikan maklumat, tetapi juga mendengar dan bertindak balas terhadap keperluan masyarakat secara lebih pantas dan berkesan,” katanya.

ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin turun padang menjalankan Program Mobile Service 2U  ke Lot 89 Café dan kawasan sekitar Jalan Dynasty, Miri, hari ini. Foto UKAS

Dalam program tersebut, risalah mengenai Bantuan Kewangan Khas RM1,200 untuk pelajar Sarawak yang menyambung pengajian tinggi pada tahun 2025 turut diedarkan.

Selain itu, penduduk juga menerima pelekat nombor kecemasan 2025, manakala warga emas diberi penerangan lanjut mengenai proses permohonan Senior Citizen Health Benefit (SCHB) oleh pasukan perkhidmatan yang bertugas.

Program Mobile Service 2U terus membuktikan peranan aktif SUPP Senadin dalam memastikan khidmat masyarakat diberikan secara cekap, telus dan berterusan, sejajar dengan komitmen mereka untuk mengutamakan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hampir 2,000 sertai perarakan Niti Daun Gawai Dayak Daerah Subis
Next: Niti Daun Gawai Dayak satukan komuniti pelbagai kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.