Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti MADANI terus galak perpaduan, kesedaran keselamatan
  • WILAYAH

Komuniti MADANI terus galak perpaduan, kesedaran keselamatan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PELBAGAI AKTIVITI…Antara aktiviti yang diadakan pada Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan peringkat kawasan DUN Senadin di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong hari ini. FOTO BBP Lutong

MIRI: Penubuhan komuniti MADANI merupakan satu usaha penting kerajaan untuk merapatkan hubungan antara rakyat dan agensi kerajaan serta memastikan maklumat dasar kerajaan dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan ke peringkat akar umbi.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata komuniti MADANI juga berperanan sebagai satu jaringan yang menggalakkan nilai-nilai perpaduan, kesejahteraan, keselamatan dan keterangkuman dalam kalangan masyarakat.

“Saya amat berbesar hati melihat penyertaan aktif tiga komuniti MADANI hari ini  iaitu Komuniti MADANI Kampung Lopeng Tengah, Kampung Pengkalan Lutong dan Kampung Senadin Jaya.

“Penglibatan tiga komuniti ini  menunjukkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam menjayakan program ini.

“Kehadiran komuniti ini  mencerminkan betapa kuatnya semangat komuniti kita di kawasan Senadin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Kaunselor Jeffery Phang pada Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin di sini hari ini.

PELBAGAI AKTIVITI…Antara aktiviti yang diadakan pada Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan peringkat kawasan DUN Senadin di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong hari ini. FOTO BBP Lutong

Menurut Kim Shin, program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kejiranan dan perpaduan, malah turut mendedahkan masyarakat kepada ilmu penting tentang keselamatan khususnya berkaitan kebakaran dan tindakan kecemasan.

“Saya berharap semua peserta akan mengambil peluang ini untuk mendapatkan ilmu dan pendedahan daripada pihak bomba yang sentiasa bersedia membantu kita demi kesejahteraan bersama.

“Sebagai wakil rakyat kawasan ini, saya akan sentiasa menyokong program-program kemasyarakatan seperti ini.

“Saya percaya masyarakat yang bersatu padu, berilmu dan peka terhadap isu keselamatan adalah kunci kepada pembangunan dan kemajuan kawasan kita,” katanya.

Program sehari itu dianjurkan oleh komuniti MADANI Kampung Lopeng Tengah dengan kerjasama Jabatan Penerangan Miri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Lutong.

Program tersebut turut diisi dengan aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak  tadika, pertandingan membentang hos kering 100 kaki, pertandingan memakai pakaian operasi bomba dan pertandingan memadam kebakaran.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM musnahkan sarang tebuan tanah bersarang dalam stor
Next: Rapatkan hubungan antara komuniti pelbagai kaum agama, latar belakang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.