Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti MADANI anjur kempen derma darah di Star Mega Mall
  • Tengah
  • WILAYAH

Komuniti MADANI anjur kempen derma darah di Star Mega Mall

Utusan Sarawak 14 hours ago
DERMA DARAH….Wong Ung (lima kiri), Zaini (enam kiri), Janet Lau (tujuh kiri), Lau Hieng Wuong (empat kanan), Kevin Lau (lima kanan), Tiew Siik Nieng (lapan kiri) pada kempen derma darah Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chew hari ini.

SIBU: Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu telah menganjurkan kempen derma darah yang berlangsung di Orange Zone, Star Mega Mall, hari ini.

Menurut Pengerusinya, Penghulu Wong Ung, penganjuran kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk mengumpul bekalan darah, malah turut meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah secara konsisten.

“Kempen derma darah tahun ini akan diadakan sebanyak tiga kali, iaitu pada bulan Mac, September dan Disember,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambah beliau, pihaknya turut merancang untuk menganjurkan sambutan Perayaan Kuih Bulan pada 4 Oktober ini bertempat di SJK (C) Ung Nang, Bukit Lan, sebagai sebahagian daripada program memperkukuh perpaduan komuniti.

Turut hadir penasihat kehormat Datuk Janet Lau, penasihat Kaunselor Kevin Lau, Penghulu Lau Hieng Wuong dan Penghulu Tiew Siik Nieng dan Pegawai Penerangan Daerah Sibu Zaini Morshidi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hujan renyai, banjir di kawasan rendah Lawas mulai surut
Next: Larian Lasak Borneo 2025 angkat nama Bau ke persada antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.