Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti Cina Pasar Roban tampal jalan berlubang demi keselamatan pengguna
  • Tengah
  • WILAYAH

Komuniti Cina Pasar Roban tampal jalan berlubang demi keselamatan pengguna

Utusan Sarawak 20 hours ago
KOMUNITI Cina Pasar Roban telah melaksanakan CSR dengan menampal lubang jalan yang dikenal pasti di sekitar kawasan Pasar Baru Roban, hari ini. Foto Komuniti Cina Pasar Roban

ROBAN: Prihatin terhadap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, Komuniti Cina Pasar Roban telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menampal lubang jalan yang dikenal pasti di sekitar kawasan Pasar Baru Roban, hari ini.

Menurut jurucakap Komuniti Cina Pasar Roban, program yang mendapat penyertaan daripada peniaga pasar, sukarelawan serta komuniti penduduk tempatan itu melibatkan kerja menampal dan meratakan permukaan jalan yang rosak, sekaligus mengurangkan risiko kemalangan kepada peniaga, pelanggan, serta pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Beliau berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk menyumbang kepada komuniti setempat.

“Selain memperbaiki infrastruktur asas, inisiatif ini turut mencerminkan semangat muhibah dan kerjasama masyarakat dalam menjaga kemudahan awam.

“Langkah proaktif ini bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan, malah membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk pengunjung dan peniaga di pasar. Semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial seperti ini wajar dicontohi oleh komuniti lain,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai kerosakan jalan yang boleh membahayakan keselamatan, khususnya di kawasan pasar yang sering dikunjungi. 

“Justeru, kami mengambil inisiatif ini sebagai salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat kami. Penduduk tempatan juga menyambut baik usaha tersebut dan berharap program seperti ini akan diteruskan di kawasan lain yang turut mengalami masalah jalan rosak,” ujarnya.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak yang terlibat, dan jalan yang lebih selamat bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengguna, malah membantu melancarkan aktiviti ekonomi setempat.

Dalam pada itu, aktiviti tersebut turut disertai oleh wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Komuniti Cina Pasar Roban, Chua Chiew Ling, Pengerusi Tokong Cina Roban, Wee Chun Ing, Penasihat Tokong Cina Roban, Lau Sie Hua, dua peniaga kedai Yii Yung Sing dan Wee Tiaw Kheng serta dua orang sukarelawan komuniti.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 19 pemilik tanah dapat pampasan   
Next: Kumpulan Wanita Persatuan Hokkien Limbang terus santuni golongan memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.