Komuniti Bung Jagoi kongsi ilmu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Komuniti Pelancongan Bung Jagoi dan Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Jagoi (JADC)  menganjurkan program Simposium Komuniti Mowah Semadi Glungon Kek Bung Jagoi pada 26 dan 27 September 2022.

Program tersebut berjaya mengumpul para pengusaha pelancongan komuniti di sekitar Bau, Kuching dan Padawan untuk bertukar-tukar  pendapat dalam memastikan pelaksanaan pelancongan lestari di dalam destinasi community-based ecotourism (CBET) masing-masing.

Simposium dua hari tersebut yang diadakan di Pusat Maklumat Pelancong Bung Jagoi, Kampung Duyoh telah dirasmikan oleh Kr.  Paul Nohan, Pengerusi JK Pelancongan Bau mewakili  Anielia  Siam.

Kr.  Paul Nohan dalam ucapannya berkata, pihak Majlis Daerah akan memperkasakan pemasaran destinasi pelancongan menerusi program-program kerjasama selain keterlibatan aktif komuniti-komuniti pengusaha pelancongan di Bau dalam menjayakan program anjuran majlis.

“Hasil perbincangan dua  hari di kampung Duyoh ini akan diterjemah kepada intervensi dan polisi bagi memastikan kelestarian pelancongan di daerah Bau secara khusus dapat dilaksanakan,” katanya.

Pelbagai modul perkongsian termasuk demonstrasi telah disampaikan oleh komuniti Bung Jagoi kepada para peserta sepanjang program tersebut.

Para peserta turut merasai hospitaliti pelancongan unik Bung Jagoi yang teretak 325 meter dari aras laut dan telah mendapat pengiktirafan Responsible Tourism Destination dan Platinum SMART Community.

Menurut salah seorang peserta, Sinah Dihoi yang merupakan pengusaha pelancongan Bung Podad, program sebegini perlu dianjurkan dalam membantu komuniti setempat bersama-sama dengan kerajaan tempatan bagi menjadikan pelancongan di kawasan Bau lebih mantap dan mampu bersaing dengan destinasi di kawasan lain.

Sementara itu, Amirrudin Abdullah, Pengurus De’Remin Sapit yang turut menyertai program ini berkata,  banyak yang beliau pelajari daripada penganjuran simposium ini termasuklah beberapa aspek pengurusan pelancongan yang boleh di aplikasi di tempat beliau.

Sementara itu, pensyarah UNIMAS Benjamin H Ottot merangkap ketua  penyelaras program,  menyambut baik usaha berterusan dan kerjasama daripada Pejabat Daerah Bau dalam terus mendokong komuniti pelancongan Bau menerusi kerjasama strategik dengan pihak universiti.

Menurut beliau, kejayaan penganjuran simposium ini oleh pihak komuniti akan menjadikan komuniti Bung Jagoi sebagai komuniti MyRA 5 bintang seumpamanya di Sarawak.

Penganjuran simposium ini adalah sebahagian daripada aktiviti Pesta Tasik Biru 2022 yang dilaksanakan di luar kawasan tasik. Pengembangan penganjuran di luar kawasan Tasik Biru adalah ilham Pegawai Daerah,  Anielia Siam.–UNIMAS

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan