Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Komunikasi strategik MUT perlu diperkukuh demi persepsi awam lebik baik
  • SEMASA

Komunikasi strategik MUT perlu diperkukuh demi persepsi awam lebik baik

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Julaihi Narawi pada Majlis Penghargaan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini. Foto: Amanda L

KUCHING: Pendekatan komunikasi strategik Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) perlu dinilai dan ditambah baik agar lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada umum serta pihak luar yang berurusan dengan kementerian.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, aspek komunikasi bukan sahaja melibatkan penyampaian maklumat, tetapi harus dilaksanakan secara terancang dan berstrategi.

“Sebagai contoh, dalam isu berkaitan gas aggregator baru-baru ini, kita dapati terdapat persepsi kurang tepat yang timbul apabila surat peringatan berhubung pematuhan Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 tersebar kepada media. Kesan daripada penyebaran tersebut telah mencetuskan reaksi negatif terutamanya daripada masyarakat di Semenanjung Malaysia yang menyerang kita di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penghargaan Sempena Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-19 dan sambutan Pra-Gawai Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) di sebuah hotel di sini, malam ini.

Menurut beliau, kelewatan pihak kementerian dalam memberikan maklum balas telah menyebabkan persepsi salah terus menular, sebelum tindakan pembetulan dilakukan secara berperingkat.

“Walaupun kita berjaya memperbetulkan persepsi itu akhirnya, namun kelewatan untuk membuat penjelasan awal telah memberi ruang kepada penyebaran maklumat tidak tepat. Maka, komunikasi strategik harus dilihat semula agar dapat membantu kita menyeimbangkan maklumat dan persepsi,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar Setiausaha Tetap kementeriannya, Datu Jefri Lias untuk mengadakan perbincangan bersama semua ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian bagi menilai pendekatan komunikasi sedia ada.

“Sudah tiba masanya untuk kita menilai semula pendekatan komunikasi strategik kita supaya ia lebih efektif, difahami dan dapat diterima oleh semua pihak termasuk yang berada di luar Sarawak. 

“Zaman sudah berubah, maklumat boleh menjadi tular dalam sekelip mata, sama ada betul atau tidak,” katanya.

Tambahnya, penyampaian maklumat yang berstrategi adalah penting bagi memastikan kumpulan sasaran mendapat pemahaman yang jelas terhadap sebarang tindakan atau dasar yang dilaksanakan kementerian.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: RIB 2025 diadakan di Kuching, fokus tangani ancaman rabies
Next: 84 daripada 100 penerbangan jemaah haji tiba di Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.