Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Komponen Pesawat Boeing 737 Delta Air Lines tanggal semasa penerbangan
  • GLOBAL

Komponen Pesawat Boeing 737 Delta Air Lines tanggal semasa penerbangan

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBAHAGIAN dari komponen sayap delta air lines kapal terbang Boeing 737 tertangguh semasa penerbangan.

ISTANBUL: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) melancarkan siasatan selepas sebahagian komponen kepak sayap sebuah pesawat Boeing 737 tertanggal sebelum mendarat di Texas, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penerbangan Delta Air Lines 1893 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando ke Lapangan Terbang Antarabangsa Austin-Bergstrom pada Selasa apabila penumpang menyedari sebahagian tepi belakang sayap telah rosak.

“Kami ingatkan ia hanya gelora di udara yang teruk. Pesawat bergegar dengan kuat.

“Seorang wanita di hadapan membuka penutup tingkap dan memberitahu kami ia rosak. 

“Saya juga membukanya dan terus rasa takut,” kata penumpang Shanila Arif kepada CNN.

Delta dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa “sebahagian kepak di sayap kiri tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya”.

Pesawat itu telah dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan.

Penerbangan itu membawa 62 penumpang dan enam kru. Tiada kecederaan dilaporkan.

Delta turut memaklumkan akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan FAA. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Zespri jangka pulangan tertinggi penanam kiwi musim 2025/26
Next: Anggota polis dipenjara curi seluar dalam wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.