Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kompleks Sukan Mini Selangau RM11.5 juta dijangka siap pada November 2027
  • Tengah
  • WILAYAH

Kompleks Sukan Mini Selangau RM11.5 juta dijangka siap pada November 2027

Utusan Sarawak 4 hours ago
MOHON BERKAT…Karim bersama Gira serta tetamu kenamaan lain pada upacara miring majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau, hari ini.

SELANGAU: Kompleks Sukan Mini Selangau bernilai RM11.5 juta merupakan inisiatif strategik kerajaan Sarawak bagi menyediakan kemudahan sukan moden dan berstandard kepada masyarakat luar bandar.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek itu tertangguh selepas pandemik COVID-19 susulan isu tapak, reka bentuk serta masalah kewangan kontraktor terdahulu.

Menurutnya, penyelarasan semula telah dibuat dan kontraktor baharu dikenal pasti bagi memastikan projek berkenaan dapat dimulakan segera, dengan tempoh pelaksanaan dijangka mengambil masa dua tahun dan siap pada November 2027.

PERASMIAN…Karim menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau, hari ini. Turut kelihatan ialah Gira, Rita serta yang lain.

“Kompleks ini dijangka dilengkapi trek larian, padang bola sepak mengikut spesifikasi pertandingan serta beberapa fasiliti sokongan lain. Terdapat juga cadangan penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan komuniti setempat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau, hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan kadar sewaan fasiliti yang berpatutan agar tidak membebankan penduduk luar bandar, khususnya golongan belia.

“Kita tidak mahu kemudahan yang dibina ini sukar diakses kerana kos sewaan tinggi. Hasrat kita adalah memastikan anak-anak kampung dapat menggunakan fasiliti ini untuk aktiviti sukan tanpa halangan kewangan,” ujarnya.

TAPAK…Projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau.

Kompleks berkenaan kelak akan diselia oleh Perbadanan Sukan Sarawak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan fasiliti sukan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Karim berkata kerja-kerja naik taraf pelbagai fasiliti sukan di Sarawak giat dijalankan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2027.

“Antara fasiliti terlibat termasuk stadium utama negeri, lapangan sasar menembak, gelanggang skuasy, tenis, renang serta beberapa venue lain yang akan diperkukuh bagi memenuhi piawaian pertandingan,” katanya.

Beliau yakin semua persiapan akan berada pada landasan tepat sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan sebelum September 2027 bagi memastikan penganjuran temasya berjalan lancar.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick Insol serta tetamu lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Tiang santuni peniaga, pengunjung, samarakkan Tahun Baharu Cina di Pasar Jaya Li Hua
Next: Projek pemuliharaan sungai di Parlimen Sarikei diperkasa, tingkat kualiti alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.