Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kompleks sukan dibuka mulai esok
  • SUKAN

Kompleks sukan dibuka mulai esok

Utusan Sarawak 5 years ago

KOMPLEKS sukan dan rekreasi di Sarawak akan dibuka semula untuk kemudahan orang ramai mulai esok, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, ia bagaimanapun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan negeri di bawah pihak berkuasa tempatan bagi dibuka untuk umum.

“Kemudahan kolam renang dan padang bola masih ditutup untuk umum kerana hanya diizinkan untuk latihan para atlet SUKMA yang dijadualkan pada Mac tahun hadapan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pegawai pembangunan sukan (SDO) di bawah Sarawak Sports Corporation (SSC) di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Petra Jaya semalam.

Selain itu, katanya acara berpasukan dan tempur serta menganjurkan pertandingan juga masih dilarang bagi mengelak kontak sukan antara atlet dan perkumpulan para penonton.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan Kerajaan Sarawak sedang membangun sembilan kompleks sukan di luar bandar.

Menurut beliau lagi, ia bertujuan untuk merangsang pembangunan sukan dan kelahiran atlet di kalangan belia di luar bandar.

“Dengan adanya kemudahan ini, kira-kira lima tahun dari sekarang para belia di luar bandar akan secara automatik mengembangkan bakat masing-masing dengan baik dari luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Karim mengumumkan kementerian sedang menyelesaikan rancangan untuk membina dua kompleks sukan di luar bandar masing-masing di Sadong Jaya dan Asajaya.

“Di Sadong Jaya ia dibina dibawah peruntukan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Schalke seri lagi
Next: Norma baharu sinari aksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.