Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kompleks JPJ Sarikei lambang komitmen kerajaan perkukuh perkhidmatan awam
  • TEMPATAN

Kompleks JPJ Sarikei lambang komitmen kerajaan perkukuh perkhidmatan awam

Utusan Sarawak 20 hours ago
CENDERAMATA… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menerima cenderamata daripada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli.

SARIKEI: Pembangunan Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei bukan sahaja mencerminkan kemajuan fizikal, malah membuktikan iltizam dan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, mesra rakyat dan berintegriti.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, berkata JPJ merupakan antara agensi penting negara yang bertanggungjawab memastikan keselamatan jalan raya, pematuhan undang-undang lalu lintas serta kelestarian sistem pengangkutan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Dalam era digital yang serba pantas, JPJ terus menyesuaikan perkhidmatan selaras dengan kehendak semasa.

“Kemudahan seperti sistem perkhidmatan dalam talian, kaunter yang mesra pelanggan dan persekitaran kerja kondusif mencerminkan komitmen JPJ dalam menyediakan perkhidmatan proaktif dan berorientasikan pelanggan,” katanya ketika berucap merasmikan Kompleks JPJ Cawangan Sarikei, hari ini.

Majlis tersebut turut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

Menurut Tiong Sii, kompleks baharu ini akan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan seterusnya memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

“Kompleks ini diharapkan menjadi pemangkin kepada sistem perkhidmatan awam yang lebih dinamik, telus dan berpaksikan rakyat demi kemajuan serta kesejahteraan Bahagian Sarikei yang kita cintai bersama.

“Bak kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

“Maka marilah kita berganding bahu memastikan segala kemudahan yang disediakan ini dimanfaatkan sepenuhnya demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan berwawasan serta sokongan berterusan terhadap pembangunan infrastruktur negeri.

“Di bawah pimpinan beliau, pelbagai perubahan positif telah berjaya dilaksanakan, termasuk Pelan Mobiliti Sarawak dan penerapan teknologi pintar seperti Transit Signal Priority (TSP) serta lampu isyarat pintar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” tambahnya.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Aedy Fadly Ramli, Timbalan Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan Datoʼ Normah Osman, dan Residen Sarikei Datu Michael Ronnie Langgong.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Petani Sarawak disaran angkat sektor agro sebagai perniagaan
Next: SUPP Kuching’s 66th anniversary dinner fully booked, reflecting strong support from public

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.